Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemahiran asas menyelamat nyawa wajar dimiliki setiap anggota komuniti
  • TEMPATAN

Kemahiran asas menyelamat nyawa wajar dimiliki setiap anggota komuniti

Utusan Sarawak 5 hours ago
JOHNNY Pang Leong Ming ketika berucap merasmikan Pertandingan CPR dan Asas Pertolongan Cemas Antara Sekolah-Sekolah Bahagian Bintulu, hari ini. -Foto UKAS

BINTULU: Kemahiran menyelamatkan nyawa bukan lagi hak eksklusif golongan profesional, sebaliknya kini menjadi keperluan asas setiap individu dalam komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata perkara ini hendaklah dipupuk dari awal agar generasi muda mengetahu kepentingan ilmu pertolongan cemas serta memperkasa nilai kepedulian dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan CPR dan Asas Pertolongan Cemas Antara Sekolah-Sekolah Bahagian Bintulu, hari ini.

Program anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cawangan Bintulu itu menghimpunkan pelajar sekolah menengah dari seluruh Bintulu bagi memupuk kesedaran awal tentang kepentingan ilmu pertolongan cemas serta memperkasa nilai kepedulian dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa pertandingan seperti ini bukan sekadar medan persaingan, tetapi peluang untuk memupuk masyarakat yang lebih berdaya tahan, proaktif dan empati terhadap keperluan sekeliling.

“Dalam situasi kecemasan, setiap saat bermakna dan sesiapa sahaja yang berada di tempat kejadian, bukan hanya doktor atau paramedik boleh menjadi penyelamat jika memiliki pengetahuan asas CPR dan pertolongan cemas,” ujarnya.

Di akhir ucapannya, beliau memuji usaha para pendidik dan penyertaan aktif pelajar dari seluruh Bintulu sebagai cerminan komitmen terhadap pembentukan belia yang tidak hanya cemerlang akademik tetapi juga memiliki kemahiran insaniah dan keprihatinan sivik.

Turut hadir Penaung PBSMM Bintulu, Datu Mohiddin Ishak, Pengerusi PBSMM Bintulu, Wong Kee Tiong serta wakil Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Awangku Aliuddin Pengiran Adenani

 -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak komited pastikan pembangunan menyeluruh demi kebajikan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.