Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kem Negara Hornbill Grit 2025 bangunkan atlet Sarawak dari segi mental dan emosi 
  • SUKAN

Kem Negara Hornbill Grit 2025 bangunkan atlet Sarawak dari segi mental dan emosi 

Utusan Sarawak 15 hours ago
 DATUK Gerald Rentap Jabu menyempurnakan Kem Negara Hornbill Grit 2025 anjuran MSNS dan SSC bertempat di Perkampungan Sukan Sarawak, Petra Jaya, semalam. Foto: SSC

PETRA JAYA: Kem Negara Hornbill Grit 2025 anjuran Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) telah dilancarkan bagi memperkukuh pembangunan dan persiapan atlet negeri Sarawak.

Majlis perasmian kem ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu, semalam.

Program ini melibatkan seramai 79 atlet daripada enam sukan iaitu Kabbadi, Wushu, Basikal, Boling Padang, Memanah dan Ping Pong.

Kem ini menyediakan latihan intensif bagi memastikan atlet berada pada tahap optimum sebelum menghadapi kejohanan-kejohanan penting pada tahun hadapan.

Antara fokus utama kem ialah pengukuhan aspek mental, kesejahteraan emosi dan pengendalian tekanan. Atlet didedahkan dengan teknik pengurusan tekanan dan peningkatan keyakinan diri agar dapat mengawal emosi semasa pertandingan.

Kem selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin ini diadakan di Perkampungan Sukan Sarawak, sebuah pusat latihan lengkap dengan kemudahan sukan, penginapan, dan fasiliti sokongan bagi latihan atlet berprestasi tinggi.

Objektif utama kem adalah memberi pendedahan kepada atlet mengenai teknik pengkondisian mental seperti visualisasi, kawalan pernafasan, serta fokus pertandingan, yang menjadi asas penting dalam kecemerlangan sukan.

Selain itu, kem ini turut menekankan kemahiran mengenal pasti dan mengurus emosi seperti tekanan, kegelisahan dan keyakinan diri, yang membolehkan atlet berdepan cabaran sukan dengan lebih matang.

Melalui Kem Negara Hornbill Grit 2025, atlet Sarawak diharap bukan sahaja berkembang dari segi fizikal, malah mental dan emosi, bagi memastikan mereka mampu mengurus tekanan dengan berkesan demi membawa kejayaan sukan negeri di peringkat nasional dan antarabangsa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Deaflympics 2025: Azlan pecah rekod kebangsaan walaupun tidak ke final 800m
Next: Kuching City FC naik ke tangga kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.