Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kem berbasikal trek catat detik manis, sumbang pingat ke-200 Malaysia
  • SUKAN

Kem berbasikal trek catat detik manis, sumbang pingat ke-200 Malaysia

Utusan Sarawak 16 hours ago
Pelumba basikal trek negara Abdul Azim Aliyas, Newjoe Lau, Muhammad Hafiq Mohd Jafri, Muhammad Yusri Shaari dan Muhammad Adam Hakimi Nazuan bergambar bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara berbasikal trek kejar-mengejar berpasukan lelaki pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 di Velodrome Hua Mak, hari ini. Foto BERNAMA

BANGKOK: Kem berbasikal trek negara mencipta detik manis apabila melengkapkan sasaran pingat ke-200 Malaysia selepas meraih emas acara kejar mengejar berpasukan lelaki pada Sukan SEA 2025 di Velodrom Hua Mark, hari ini.

Skuad negara yang dibarisi Abdul Azim Aliyas, Muhammad Adam Hakimi Nazuan, Muhammad Hafiq Mohd Jafri, Muhammad Yusri Shaari dan New Joe Lau menewaskan pasukan tuan rumah Thailand yang meraih pingat perak, manakala Indonesia membawa pulang gangsa.

“Ikutkan kami sendiri tidak tahu mengenai pingat ke-200 itu dan ia tidak langsung bermain di fikiran kami. Kami hanya fokus untuk berlumba sehabis baik.

“Kami sendiri tidak menyangka pencabar utama Indonesia, gagal menamatkan perlumbaan (DNF). Berbulan-bulan kami berlatih sebagai persiapan kerana mereka memang kuat dalam acara ini. Apa pun, ini rezeki buat kami,” kata Abdul Azim ketika ditemui selepas perlumbaan.

Terdahulu, kem berbasikal trek turut cemerlang apabila menyumbang dua lagi pingat emas sekali gus melonjakkan kutipan pingat negara.

Pelumba basikal trek negara Nur Aisyah Mohamad Zubir memenangi pingat emas dalam acara scratch wanita pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 di Velodrome Hua Mak hari ini. Foto BERNAMA

Pingat emas itu disumbangkan oleh Muhammad Ridwan Sahrom dalam acara keirin lelaki.

Ridwan muncul juara selepas menewaskan pelumba tuan rumah yang juga pemenang emas Sukan Asia 2018, Jai Angsuthasawit, dengan kelebihan 0.027 saat, manakala seorang lagi wakil Thailand, Norasetthada Bunma, melengkapkan podium di tempat ketiga.

Pingat emas kedua daripada kem berbasikal trek diraih Nur Aisyah Mohamad Zubir dalam acara scratch wanita, menewaskan dua pelumba Singapura masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa.

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Speedy Tigers selangkah pertahan emas, bertemu Thailand di final
Next: RISDA Betong juara Badminton Piala Pengarah RISDA Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.