Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kelulusan RUU Ordinan Buruh Sarawak lindungi standard hak pekerja
  • SEMASA

Kelulusan RUU Ordinan Buruh Sarawak lindungi standard hak pekerja

Utusan Sarawak 5 months ago
AHLI Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 akan mengharmonikan standard perburuhan Sarawak dan Semenanjung Malaysia sekali gus memastikan semua pekerja di negara ini dilindungi di bawah kerangka yang sama.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim berkata kelulusan RUU itu menunjukkan komitmen Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan kerajaan Sarawak untuk melindungi hak dan kebajikan pekerja di negeri ini.

Menurutnya, Akta 446 di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan keberkesanan dalam memperbaiki taraf hidup pekerja khususnya yang bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan dan perindustrian yang melibatkan tenaga buruh dalam jumlah yang besar.

”Ia mewajibkan majikan untuk menyediakan perumahan yang sesuai, selesa dan memenuhi standard minimum, selain memastikan akses kepada kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik, sanitasi yang baik dan perkhidmatan kesihatan.

”Antara cabaran yang dihadapi oleh para pekerja dalam sektor ini termasuklah isu kebersihan, ruang tempat tinggal yang tidak mencukupi dan risiko kesihatan yang tinggi akibat keadaan perumahan yang tidak memenuhi standard.

”Dengan pengenalan Bahagian IV(a) dalam pindaan ini, Sarawak akan dapat memastikan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pekerja-pekerja ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam mengambil bahagian dalam Perbahasan RUU Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya kebajikan pekerja bukanlah sekadar tanggungjawab moral tetapi juga satu pelaburan dalam produktiviti dan pembangunan ekonomi negara.

”Kajian telah menunjukkan bahawa pekerja yang diberikan perumahan dan kemudahan yang selesa akan lebih produktif, lebih sihat dan kurang berisiko mengalami tekanan emosi.

”Ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan kualiti kerja, mengurangkan kadar ketidakhadiran kerja dan meningkatkan daya saing organisasi majikan,” tambahnya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Azlan Typewriter antara enam artis gegarkan sambutan ambang Tahun Baharu
Next: Manfaat platform digital tarik lebih ramai pelanggan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.