Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Keluarga Zara Qairina beraya bersama rakan solidariti di Mesapol, Sabah
  • NASIONAL

Keluarga Zara Qairina beraya bersama rakan solidariti di Mesapol, Sabah

Utusan Sarawak 8 hours ago
KUNJUNGAN RAYA…Eric Chua ( kiri) dan rombongan dari Limbang memenuhi undangan Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Doa Selamat Tanah Perkuburan Tanjung Hubi Mesapol. 

LIMBANG: Perjalanan panjang yang mengambil masa lebih tiga jam dari Limbang ke Mesapol, Sabah tidak menghalang seorang ahli perniagaan, Eric Chua, 62, untuk memenuhi undangan Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Doa Selamat di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sabtu lalu.

Program anjuran kumpulan JusticeForZara itu diadakan bagi merapatkan hubungan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan penyokong setia keluarga arwah Zara, termasuk rombongan dari Limbang.

“Terima kasih kepada ibu Allahyarhamah Zara Qairina, Noraidah Lamat, yang mengundang kami ke program ini, sekali gus memeriahkan sambutan Aidilfitri yang masih diraikan,” katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, beliau mengikuti perkembangan kes Zara sejak awal mangsa ditemui meninggal dunia di asramanya, sehingga membawa kepada penganjuran Perhimpunan Aman Solidariti untuk Zara Qairina.

Katanya, sebagai anak Sarawak, beliau bersama jutaan rakyat negara ini bersatu menuntut keadilan untuk arwah Zara.

Beliau menegaskan jarak yang jauh tidak pernah mematahkan semangat sokongan dan solidariti rakyat, termasuk di Limbang, agar keadilan dapat ditegakkan untuk arwah, khususnya di bawah kerajaan MADANI.

Program tersebut turut disertai rombongan konvoi motosikal yang diketuai oleh Nor Rafiah (Nora) Zainal.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri, Labuan hingga 5.00 petang
Next: Kapal Malaysia yang masih terkandas akan melalui Selat Hormuz secara berperingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.