Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keluarga mangsa bunuh gesa siasatan menyeluruh dan keadilan ditegakkan
  • TEMPATAN

Keluarga mangsa bunuh gesa siasatan menyeluruh dan keadilan ditegakkan

Utusan Sarawak 5 hours ago
JEFF Chang Jie (tiga, kanan) menggesa siasatan menyeluruh dan telus dijalankan, selain menuntut keadilan ditegakkan terhadap kematian abangnya. Foto Norman B

KUCHING: Keluarga mangsa kes bunuh di sebuah kondominium di Stutong Heights, Batu 7, di sini menggesa siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus serta menuntut keadilan terhadap kematian ahli keluarga mereka.

Adik bongsu mangsa, Jeff Chang Jie, 18 tahun, berkata abangnya yang juga anak paling sulung dalam keluarga itu maut selepas diserang dan ditikam oleh beberapa individu bersenjata pisau dalam kejadian tragis berkenaan.

Menurutnya, sehingga kini masih terdapat beberapa fakta penting berkaitan kes tersebut yang belum dikenal pasti sepenuhnya, sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli keluarga.

Sehubungan itu, beliau mengadakan sidang media hari ini bagi memaklumkan perkara sebenar kepada orang ramai serta merayu sokongan semua pihak agar siasatan dapat diselesaikan dengan segera, adil dan menyeluruh.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa, selaras dengan peruntukan undang-undang, mempertimbangkan pendedahan gambar atau ciri-ciri pengenalan suspek supaya orang awam dapat menyalurkan maklumat yang membantu mengesan individu lain yang terlibat.

Dalam pada itu, Jeff berharap siasatan kes berkenaan dapat dikendalikan dengan teliti, profesional dan berintegriti, selain memastikan semua pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Beliau turut berharap proses perundangan berkaitan kes tersebut, termasuk sebutan kes membabitkan dua suspek pada 1 Januari 2025, dapat dilaksanakan dengan penuh ketelitian dan keadilan, serta memastikan tiada mana-mana pihak dilepaskan sebelum semua fakta dikenal pasti sepenuhnya.

“Saya hanya mahukan kebenaran didedahkan dan keadilan ditegakkan untuk abang saya,” katanya.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Harga durian mampu milik, serendah RM1 sebiji
Next: Penganalisis ekonomi Madeline Berma meninggal dunia 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.