Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keluarga mangsa bot karam Tanjung Kunyit rayu operasi pencarian terakhir
  • Tengah
  • WILAYAH

Keluarga mangsa bot karam Tanjung Kunyit rayu operasi pencarian terakhir

Utusan Sarawak 2 days ago
WAKIL keluarga mangsa insiden bot karam bertemu Datuk Michael Tiang bagi memohon bantuan.

SIBU: Keluarga mangsa insiden bot karam di Tanjung Kunyit pada 9 September lalu merayu agar satu operasi pencarian terakhir dapat dijalankan bagi menamatkan episod duka yang berlarutan hampir beberapa bulan.

Permohonan itu dibuat susulan kegagalan beberapa operasi terdahulu mengesan bot yang terlibat, sekali gus meninggalkan persoalan dan kesedihan mendalam kepada keluarga mangsa.

Sehubungan itu, seorang wakil keluarga tampil ke Pusat Khidmat Pelawan bagi bertemu Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Datuk Michael Tiang Ming Tee, bagi memohon bantuan menyelaras usaha pencarian terakhir.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, beliau memahami keperitan yang ditanggung keluarga mangsa dan akan menyampaikan permohonan tersebut kepada agensi berkaitan untuk pertimbangan lanjut.

“Saya memahami perasaan keluarga mangsa dan akan membantu dari segi komunikasi serta penyelarasan dengan agensi terlibat.

“Namun, sebarang tindakan lanjut perlu dibuat berdasarkan penilaian profesional serta pertimbangan keselamatan oleh pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan berhubung operasi pencarian perlu menghormati pandangan serta kepakaran agensi yang terlibat, khususnya dalam aspek keselamatan dan keupayaan operasi.

“Sekiranya operasi ini dapat dilaksanakan, ia akan dianggap sebagai usaha terakhir bagi membantu keluarga mendapatkan penutup emosi terhadap tragedi menyayat hati ini,” katanya lagi.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: KPDN Sarawak pantau harga barangan persekolahan
Next: Musim durian beri limpahan rezeki luar biasa pekebun kecil di Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.