Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Keluarga Malaysia dibawa keluar dari Lubnan selamat tiba di tanah air
  • NASIONAL

Keluarga Malaysia dibawa keluar dari Lubnan selamat tiba di tanah air

Utusan Sarawak 7 months ago
WISMA Putra, Kementerian Luar Negeri Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan seramai enam orang daripada satu keluarga rakyat Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Ahad dari Lubnan.
Dalam kemas kini terbaharu mengenai pemindahan rakyat Malaysia dari Lubnan pada Ahad, Kementerian Luar berkata seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia pada malam ini.
“Ini menjadikan jumlah rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang berjaya dibawa keluar dari Lubnan dalam tempoh dua hari yang lalu seramai 17 orang,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Walaupun keadaan semakin mencabar di Lubnan, kementerian itu yang turut dikenali sebagai Wisma Putra berkata Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berjaya mengaturkan penerbangan bagi semua baki rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan untuk pulang ke Malaysia.
“Mereka dijangka tiba di Malaysia secara berperingkat pada Isnin dan Selasa minggu ini,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Next: Pengusaha buktikan pokok anggur sesuai ditanam dengan iklim Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.