Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keluarga dan anak aset terbesar masa depan Sarawak – Tiang
  • Tengah
  • WILAYAH

Keluarga dan anak aset terbesar masa depan Sarawak – Tiang

Utusan Sarawak 5 hours ago
INSENTIF… Tiang menyerahkan insentif kepada pasangan pengantin baharu pada majlis Makan Malam Pengantin Baharu dan Bayi Baru Lahir di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

SIBU: Pelaksanaan Insentif Perkahwinan dan Bayi Baharu Lahir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan telah memberi manfaat kepada 527 pasangan pengantin baharu serta 1,019 bayi sejak diperkenalkan pada 2022.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, sebanyak RM500 diberikan kepada setiap pasangan pengantin baharu manakala RM300 disalurkan kepada setiap bayi yang baru dilahirkan, melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM569,200.

“Di sebalik angka ini tersimpan impian ratusan keluarga yang akan membentuk masa depan Sarawak. Mungkin dua atau tiga dekad akan datang, bayi yang menerima insentif hari ini akan menjadi doktor, guru, jurutera, usahawan, saintis atau pemimpin generasi baharu yang memacu Sarawak ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Pengantin Baharu dan Bayi Baru Lahir di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, walaupun Sarawak sedang pesat membangun ke arah wilayah berpendapatan tinggi menerusi ekonomi digital, tenaga hijau, kecerdasan buatan dan pembangunan infrastruktur, aset terbesar negeri itu tetap rakyatnya.

Katanya, setiap keluarga merupakan unit asas masyarakat, manakala setiap anak adalah harapan dan pelaburan bagi masa depan Sarawak.

“Hari ini, ketika kita menyampaikan Insentif Perkahwinan dan Bayi Baharu Lahir, kita bukan sekadar meraikan sebuah perkahwinan atau menyambut kelahiran seorang bayi.

“Kita meraikan kesinambungan nilai kekeluargaan, anugerah kehidupan serta pelaburan untuk masa depan Sarawak,” katanya.

Menurutnya, bantuan yang diberikan bukan sekadar insentif kewangan, sebaliknya simbol galakan, harapan dan aspirasi masyarakat terhadap generasi akan datang.

Beliau turut menyeru semua pihak agar bersama-sama menjadikan Sarawak sebuah negeri yang memberi keyakinan kepada golongan muda untuk mendirikan rumah tangga, membina keluarga dan membesarkan anak-anak dalam suasana harmoni serta penuh peluang.

“Kerana kebahagiaan setiap keluarga, apabila disatukan, menjadi kebahagiaan Sarawak. Dan masa depan setiap anak, apabila disatukan, menjadi masa depan Sarawak,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aidiladha medan perkukuh ukhuwah dan kebersamaan masyarakat
Next: Program Saberkas Prihatin perkukuh hubungan pemimpin dan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.