Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kelonggaran etika pemakaian dibenarkan dalam kes kecemasan, luar norma biasa – KSN
  • NASIONAL

Kelonggaran etika pemakaian dibenarkan dalam kes kecemasan, luar norma biasa – KSN

Utusan Sarawak 16 hours ago
Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

PUTRAJAYA: Kerajaan memberikan kelonggaran terhadap etika pemakaian bagi urusan di kaunter dan pejabat kerajaan dalam situasi kecemasan dan luar norma biasa untuk memastikan hak pelanggan mendapat perkhidmatan segera tidak dinafikan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata langkah itu mengambil kira keadaan perkhidmatan barisan hadapan seperti anggota keselamatan, kesihatan dan lain-lain perkhidmatan yang berhubung terus dengan pelanggan.

“Kelonggaran etika berpakaian akan diberi bagi kes kecemasan dan di luar norma biasa untuk tidak dinafikan hak pelanggan mendapat perkhidmatan segera sepertimana perkara 3.2 Lampiran A Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) 1/2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata urusan kecemasan dan di luar norma biasa merangkumi laporan kemalangan, laporan kebakaran serta urusan berkaitan bencana yang boleh mengancam nyawa dan harta benda.

Bagi urusan biasa perkhidmatan kaunter dan pejabat kerajaan pula, Shamsul Azri berkata ketua jabatan boleh menggunakan budi bicara sewajarnya untuk menentukan etika berpakaian yang sopan dan bersesuaian berlandaskan garis panduan yang berkuat kuasa.

“Perkhidmatan awam akan terus menambah baik perihal perhubungan pelanggan bagi memastikan akses dan penyampaian perkhidmatan perhubungan pelanggan yang mesra, cekap dan responsif selaras dengan pinsip Ihsan dalam nilai MADANI,” katanya.

Shamsul Azri berkata secara umummya, panduan kod etika berpakaian ketika berurusan di kaunter atau pejabat kerajaan digariskan dalam PKPA Bilangan 1 Tahun 2025: Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam telah berkuat kuasa pada 20 Jan lepas yang menetapkan berpakaian sopan dan bersesuaian selaras dengan Rukun Negara kelima, iaitu kesopanan dan kesusilaan.

-BERNAMA 

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kes Sulu: Keputusan Mahkamah Paris kemenangan besar buat Malaysia – Azalina
Next: Kes Sulu: Kejayaan berterusan Malaysia iktiraf undang-undang, kedaulatan negara – Majlis Peguam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.