Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kelewatan penyaluran elaun di bawah FTES timbulkan kebimbangan
  • PENDIDIKAN

Kelewatan penyaluran elaun di bawah FTES timbulkan kebimbangan

Utusan Sarawak 7 hours ago
CHONG Chieng Jen menyuarakan kebimbangan berhubung kelewatan bayaran elaun FTES yang menjejaskan pelajar.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Chong Chieng Jen menggesa kerajaan negeri mempercepatkan penyaluran bantuan elaun di bawah Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) susulan kelewatan bayaran kepada pelajar.

Beliau berkata ramai pelajar masih belum menerima elaun berkenaan walaupun telah lebih sebulan memasuki tahun pertama pengajian.

Menurutnya, walaupun bayaran yuran pengajian kepada empat universiti milik negeri boleh ditangguhkan, keadaan itu berbeza bagi bantuan elaun yang amat diperlukan pelajar untuk menampung perbelanjaan harian.

“Sehubungan itu, saya menggesa kerajaan negeri supaya segera menyalurkan elaun kepada semua pelajar yang layak tanpa sebarang kelewatan lagi,” katanya hari ini.

Chong turut menyuarakan kebimbangan bahawa kerangka FTES sedia ada tidak merangkumi sebahagian besar pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di luar empat universiti milik negeri.

Beliau berkata ia termasuk pelajar di institusi awam seperti Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain universiti swasta di dalam dan luar negara.

“Pelajar ini juga merupakan anak Sarawak dan tidak seharusnya diketepikan daripada skim tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula dan memperluaskan FTES bagi memastikan sokongan lebih inklusif kepada pelajar Sarawak.

Antara cadangannya ialah kerajaan negeri menanggung baki yuran pengajian pelajar Sarawak di universiti awam, memandangkan Kerajaan Persekutuan telah menanggung sekitar 90 peratus yuran tersebut, manakala pelajar hanya perlu membayar antara RM1,200 hingga RM3,000.

Selain itu, beliau mencadangkan sekurang-kurangnya separuh daripada yuran pengajian pelajar Sarawak di universiti swasta, sama ada di dalam atau luar negara, ditanggung di bawah skim berkenaan.

Chong turut menggesa agar pelajar daripada keluarga B40, yang mempunyai pendapatan isi rumah per kapita kurang daripada RM1,500, diberikan bantuan elaun tahunan sebanyak RM15,000 seperti yang dinikmati pelajar di empat universiti milik negeri.

“Demi kepentingan pelajar Sarawak dan keluarga mereka, FTES perlu dikaji semula bagi memastikan tiada yang tercicir,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 beri tumpuan tangani beban tugas guru – Fadhlina
Next: UUM berada pada kedudukan nombor satu terbaik dalam bidang Perakaunan, Kewangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.