Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keletihan melampau, pendaki wanita hampir pengsan di Bukit Lambir
  • Utara
  • WILAYAH

Keletihan melampau, pendaki wanita hampir pengsan di Bukit Lambir

Utusan Sarawak 7 hours ago
BANTU…Anggota bomba bersama renjer taman membantu membawa turun seorang wanita yang hampir pengsan akibat keletihan ketika mendaki di Taman Negara Bukit Lambir, Miri.

MIRI: Hasrat empat individu menikmati aktiviti pendakian di Taman Negara Bukit Lambir, di sini, bertukar cemas apabila seorang wanita hampir pengsan akibat keletihan, petang semalam.

Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, mangsa wanita berusia 34 tahun bersama tiga lagi rakannya terpaksa mendapatkan bantuan selepas tidak mampu meneruskan perjalanan turun dari kawasan bukit berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kesemua empat mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat, namun seorang wanita mengalami keletihan melampau dan hampir pengsan sebelum dibantu turun,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, mangsa berjaya dibawa keluar sepenuhnya pada 9.50 malam sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan lanjut.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di kawasan semak Kampung Tanjung Beladin
Next: Program Derma Darah PML dan PKMS dapat sambutan positif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.