Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kelas LEADS bantu kurangkan buta huruf di pedalaman Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Kelas LEADS bantu kurangkan buta huruf di pedalaman Limbang

Utusan Sarawak 2 days ago
KENANGAN BERSAMA…Hasbi merakam gambar kenangan bersama pelajar LEADS dikendali KEMAS Limbang.

LIMBANG: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Limbang berjaya mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan penduduk pedalaman daerah ini melalui pelaksanaan Kelas Literasi Pendidikan Dewasa (LEADS).

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata pembukaan kelas-kelas itu secara meluas ke kawasan pedalaman  membantu golongan dewasa menguasai ilmu membaca, mengira dan menulis (3M) selain kemahiran lain.

“Ketika ini, hanya kurang daripada 100 orang dewasa di Limbang yang masih tidak boleh membaca. Ini adalah hasil usaha KEMAS yang membuka kelas LEADS secara meluas.

“Saya minta KEMAS terus mencari mereka yang berpotensi untuk mengikuti kelas ini agar matlamat mencapai sifar buta huruf dapat direalisasikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi Kelas LEADS Peringkat Parlimen Limbang 2025 di Dewan KEMAS, hari ini.

HARGAI KETEKUNAN…Hasbi menyampai hadiah dan sijil kepada pelajar cemerlang LEADS.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang menjelaskan, usaha membasmi buta huruf adalah selaras dengan agenda Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah inisiatif Pendidikan Untuk Semua (Education for All).

Katanya, pembasmian buta huruf di Malaysia merupakan matlamat penting kerajaan yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan, dengan KEMAS memainkan peranan signifikan melalui pendidikan komuniti.

“Melalui program seperti ini, masyarakat diberikan ruang dan peluang untuk menimba ilmu pengetahuan serta mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

“Ini juga dapat memupuk semangat mereka ke arah pembangunan ilmu kerohanian dan modal insan,” ujarnya.

Turut hadir, Pegawai KEMAS Bahagian Limbang Khairul Amree Abdul Rahman.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: SKUAD Antidadah Sibu sertai gotong-royong, erat kerjasama komuniti
Next: JKM terus menyantuni komuniti pedalaman melalui Program Jangkauan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.