Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kelapa pandan diyakini lonjak pendapatan
  • TEMPATAN

Kelapa pandan diyakini lonjak pendapatan

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH… Penduduk rumah panjang penuh semangat menerima anak pokok kelapa pandan.

SAMALAJU: Menceburkan diri untuk mengusahanan tanaman kelapa pandan diyakini mampu melonjak pendapatan keluarga.

Tuai Rumah (Tr) Libau Anak Usang berkata, penduduk rumah panjang beliau kini mula beralih untuk mengusahakan tanaman terbabit.
“Anak pokok kelapa pandan disalurkan oleh Jabatan Pertanian, Batu Niah untuk diusahakan” “Penduduk rumah panjang amat yakin dengan pasaran atau permintaan tinggi terhadap kelapa pandan ini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menerim anak pokok kelapa pandan terbabit di Rumah panjang beliau yang diserahkan oleh Jabatan Pertanian Batu Niah, semalam.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman pengusaha kelapa tersebut sebelum ini, beliau percaya hasil dari tanaman tersebut mendapat tempat dalam permintaan pasaran tempatan.

“Seramai 26 pemohon dari rumah panjang kami yang telah menerima anak pokok kelapa pandan ini.

“Setiap penerima mendapat sebanyak 145 anak pokok kelapa,” katanya.
Sehubungan itu beliau menyeru penduduk rumah panjang supaya mengusahakan tanaman terbabit dengan sebaik mungkin.

Turut berada di lokasi menyerahkan anak pokok kelapa terbabit ialah Penolong Pegawai Pertanian, Pejabat Pertanian Daerah Kecil Batu Niah, Thomas Benet Kok.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Dua NGO bantu mangsa kebakaran
Next: RM120 juta naik taraf sistem saliran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.