Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kelantan bubar DUN esok – Speaker
  • NASIONAL

Kelantan bubar DUN esok – Speaker

Utusan Sarawak 2 years ago
“Surat pemakluman mengenai pembubaran DUN Kelantan esok (22 Jun) telah dihantar ke SPR pada 14 Jun.” – Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub berkata, pihaknya sudah menghantar surat pemakluman tersebut, minggu lepas.

“Surat pemakluman mengenai pembubaran DUN Kelantan esok (22 Jun) telah dihantar ke SPR pada 14 Jun,” katanya kepada Bernama hari ini.

 Rabu lepas, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob memaklumkan DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi akan dibubarkan esok selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

PAS menguasai DUN Kelantan dengan 37 kerusi, Barisan Nasional (tujuh) dan Bersatu (satu). – Bernama

Continue Reading

Previous: Agong, Permaisuri berangkat tunai haji
Next: Calon SPM 2022 tidak duduki peperiksaan dipelawa ikuti kursus TVET

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.