Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Keladi bunting’ kini jadi sumber pendapatan baharu penduduk Dalat
  • TEMPATAN

‘Keladi bunting’ kini jadi sumber pendapatan baharu penduduk Dalat

Utusan Sarawak 9 hours ago
MENTERI Kebajikan, Komuniti dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullahmerakam kenangan pada Majlis Bicara Ilmu anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak di Kompleks Kebajikan Dalat, hari ini.

DALAT: Penduduk Dalat kini berpeluang menjana sumber pendapatan baharu apabila ‘keladi bunting’ yang selama ini menjadi ancaman ekologi di sungai, berjaya diubah menjadi baja organik melalui projek komuniti inovatif anjuran Koperasi Dalat Lestari Berhad dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Menteri Kebajikan, Komuniti dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, inisiatif itu bukan sahaja membersihkan sungai daripada ‘keladi bunting’, tetapi juga memanfaatkan tumbuhan tersebut sebagai sumber ekonomi baharu kepada penduduk setempat.

“Projek ini bukan sahaja membersihkan sungai, tetapi menjadi sumber ekonomi baharu kepada penduduk. Melalui kerjasama dengan Petronas, projek ini dijalankan secara komuniti agar manfaatnya dirasai ramai, bukan individu tertentu sahaja,” katanya pada Majlis Bicara Ilmu anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak di Kompleks Kebajikan Dalat, hari ini.

KELADI bunting.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat turut menekankan kepentingan pendidikan dan latihan kemahiran di daerah itu, termasuk melalui Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Dalat yang bakal dirasmikan tidak lama lagi.

“Antara kursus yang ditawarkan termasuk penjagaan warga emas, penjagaan paliatif serta program bahasa Melayu, Melanau, Inggeris dan Mandarin yang dikaitkan dengan tradisi dan budaya setempat.

“CENTEXS Dalat bertujuan melahirkan tenaga mahir tempatan, selaras persiapan Sarawak menjadi negeri tua menjelang 2028,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi kejayaan projek midin di Dalat, yang kini berpotensi dikomersialkan secara besar-besaran hasil penyelidikan mengenai kaedah mengekalkan kesegaran dan warna hijaunya.

Bagi aspek pembangunan komuniti, Fatimah memberitahu bahawa projek Koperasi Dalat Lestari Berhad menggunakan teknologi ‘Black Soldier Fly’ atau Lalat Askar Hitam untuk menukar ‘keladi bunting’ kepada baja organik berkualiti.

“Projek ini bukan sahaja memberi manfaat ekonomi tetapi juga menekankan prinsip koperasi, di mana pendapatan diagihkan kembali kepada ahli untuk melaksanakan projek lain yang dapat meningkatkan ekonomi komuniti,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kerajaan akan membentangkan satu Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang bagi memastikan semua industri mengurus sisa buangan secara teratur selaras Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Beliau berharap Program Bicara Ilmu dan lawatan ke pusat pemprosesan baja organik itu dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi dan keusahawanan kepada komuniti setempat.

“Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan pendapatan isi rumah serta membangunkan kemahiran generasi muda Dalat,” tambahnya.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Nancy: DET, Job Coach perkukuh akses OKU ke dunia pekerjaan
Next: Sarawak jalin kerjasama dengan GRA, IHA perkukuh tenaga boleh baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.