Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kelab Teo Khiaw anjur makan malam gala warisan Teochew sempena ulang tahun ke-105
  • SEMASA

Kelab Teo Khiaw anjur makan malam gala warisan Teochew sempena ulang tahun ke-105

Utusan Sarawak 4 hours ago
KUNJUNGAN hormat Kelab Teo Khiaw Kuching kepada Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Dari kiri: Roderick Thian Sheng Jie, Cecilia Koh Cal Li, Kueh Siang Hu, Sim Han Tong, Sim Siang Boon, Dato Sim Kiang Chiok, Pung Siok Eng, Koh Jik Seng dan Yeo Kim Bak.

KUCHING: Kelab Teo Khiaw Kuching akan menganjurkan majlis makan malam gala bertemakan ‘Kelestarian Warisan Teochew’ pada 23 Mei ini sempena sambutan ulang tahun ke-105 penubuhannya.

Menurut kenyataan kelab tersebut, majlis berprestij itu dijadual berlangsung pada 7.00 malam di Dewan Bankuet Kompleks UNIFOR, Kuching, dan dijangka menghimpunkan tetamu kehormat serta pemimpin komuniti dari dalam dan luar negara bagi meraikan perjalanan lebih satu abad kelab tersebut.

Katanya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir sebagai tetamu kehormat, selain kehadiran beberapa pemimpin kerajaan yang akan menyerikan majlis berkenaan.

Penganjur turut menjemput pemimpin dan maestro muzik Teochew dari Chaozhou, China, serta dari Singapura, Semenanjung Malaysia dan Sabah bagi menyertai pertukaran budaya dan persembahan seni.

“Majlis tersebut bukan sahaja bertujuan memperingati sejarah panjang kelab, malah mempromosikan seni opera dan muzik Teochew di samping mengumpul dana bagi program latihan belia serta penyelenggaraan bangunan kelab.

“Usaha ini penting bagi memastikan warisan budaya Teochew terus dipelihara dan diperkasakan selari dengan perkembangan semasa,” menurut kenyataan itu.

PERSEMBAHAN opera Teochew klasik “Jing Cheng Hui” oleh ahli Kelab Teo Khiaw Kuching, Ensembel Muzik Teochew, Sim Li Kok dan Cecilia Koh Cal Li.

Majlis berkenaan turut mendapat sokongan padu daripada Pengerusi Kehormat Tetap, penasihat serta ahli komuniti melalui tajaan dan pembelian meja.

Sepanjang acara, tetamu akan disajikan dengan pelbagai persembahan termasuk ensembel gong dan dram Teochew, muzik tali klasik, serta opera Teochew yang menampilkan keunikan seni persembahan tradisional tersebut.

Antara artis jemputan khas ialah Yang Lifeng dari Kumpulan Seni Persembahan Feng Zhi Sheng, Zhang Guikun, bekas pelakon opera profesional dari Shantou, serta maestro muzik Teochew dari Kuala Lumpur, Goh Choon Piow, yang akan bergabung dengan pemuzik tempatan bagi persembahan istimewa.

Orang ramai yang telah membeli tiket digalakkan hadir awal dan mengambil tempat masing-masing bagi bersama-sama memeriahkan sambutan budaya tersebut.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: EU iktiraf Sarawak rakan penting perkukuh kerjasama ekonomi, tenaga hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.