Kelab Taekwondo Lawas raih dua emas, satu gangsa di Kejohanan Taekwondo Terbuka Malaysia Gewinn

Facebook
WhatsApp
ATLET TAEKWANDO…Rahim bersama wakil Kelab Taekwando Lawas yang berjaya mencipta kejayaan di Kejohanan Taekwondo Terbuka Malaysia Gewinn Ke-8 di KSL Esplanade Klang, Selangor pada 8 Ogos lalu.

LAWAS: Kelab Teakwando Lawas terus melakar kejayaan diperingkat antarabangsa dengan mendapat dua pingat emas dan satu pingat gangsa dalam Kejohanan Taekwondo Terbuka Malaysia Gewinn Ke-8 di KSL Esplanade Klang, Selangor pada 8 Ogos lalu.

Menurut Ketua Jurulatih Kelab Taekwando Lawas, Rahim Rahman, pingat emas  telah diraih oleh Aidil Assraf Ibrahim daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Baru bagi acara ‘high jumping front kick’ kategori 13 tahun, Amna Zarifa Madun Madun daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok pula meraih emas bagi acara ‘poomsae yellow belt’ 12 tahun.

KEJAYAAN CEMERLANG… (Dari kanan) Rahim, Aidil  Assraf, Nurmirza Arrisa, Amna Zarifa dan Ustazah Shahira Nabihah menunjukkan pingat yang berjaya mereka menangi.

Pingat Gangsa turut disumbangkan Nurmirza Arrisa Haris daripada SMK Merapok bagi acara ‘pomsae’ kategori tali pinggang biru 13 tahun.

Pasukan ini turut disertai Ustazah Shahira Nabihah Kamsani.

Oleh Adeng Edrus