Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kelab Malaysiaku medan lahirkan generasi muda berjiwa patriotik
  • Selatan
  • WILAYAH

Kelab Malaysiaku medan lahirkan generasi muda berjiwa patriotik

Utusan Sarawak 9 hours ago
SERAMAI 60 pelajar SMK Sri Aman telah menyertai Program Jiwa MADANI@Kelab Malaysiaku di sini hari ini. Foto: JaPen Sri Aman.

SIMANGGANG: Kelab Malaysiaku bukan sekadar aktiviti kokurikulum, sebaliknya menjadi medan melahirkan generasi muda berjiwa patriotik dan kesedaran awal tentang peranan belia dalam sistem demokrasi negara.

Program Jiwa MADANI@Kelab Malaysiaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman hari ini membuktikan peranan penting kelab ini apabila lebih 60 pelajar digilap semangat cintakan tanah air serta didedahkan dengan kefahaman mengenai Undi 18.

Penolong Kanan Kokurikulum, Abdul Rahim Nawawi, menegaskan patriotisme mesti dipupuk sejak di bangku sekolah.

“Semangat cintakan tanah air bukan hanya slogan, ia perlu dizahirkan melalui disiplin, sikap dan kesediaan menyumbang kepada negara,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Safariza Bujang, mengingatkan pelajar bahawa Undi 18 bukan sekadar hak, tetapi amanah besar yang menuntut ilmu, integriti dan kebijaksanaan menilai maklumat.

“Undi 18 bukan sekadar hak, tetapi amanah yang mesti digalas dengan ilmu, integriti dan kesedaran. Generasi muda harus celik demokrasi, bijak menilai maklumat dan membuat pilihan dengan penuh tanggungjawab,” ujarnya.

Program turut diserikan dengan ceramah dan kuiz kenegaraan oleh Sharifah Izzati Farzana Wan Azman yang menekankan peri penting memahami sejarah perjuangan kemerdekaan agar semangat patriotik tidak luntur ditelan zaman.

Dengan pengisian mantap ini, Kelab Malaysiaku terus menjadi jambatan melahirkan pelajar yang patriotik, berjiwa MADANI, dan bersedia menyahut cabaran sebagai pengundi muda berwibawa.

Hadir sama Penolong Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Jessica Gilbert Bunsu, Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku, Nuraini Mohd Razakafli dan Senorita Japan, serta Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Sri Aman, Iswandi Kassim.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SFIA sumbang 15 kerusi kepada Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuching
Next: RM55,000 diperuntuk naik taraf taman permainan di Pusat Agape Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.