Kelab Lions Sibu Loving Care berjaya kumpul 47 pain darah menerusi kempen

Facebook
WhatsApp
DERMA DARAH… Orang ramai yang meluangkan masa menderma darah pada kempen derma darah di bangunan PBSM Cabang Sibu, Jalan Awang Ramli Amit, Ahad lepas.

SIBU: Sebanyak 47 pain darah berjaya dikumpul pada kempen derma darah di bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Sibu, Ahad lepas.

Seramai 58 orang tampil mendaftar untuk kempen derma darah anjuran Kelab Lions Sibu Loving Care dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu dan PBSM Cabang Sibu.

Penganjuran kempen itu sebagai usaha membantu Tabung Darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Kelab Lions Sibu Loving Care dalam kenyataan berterima kasih kepada orang ramai yang menderma darah dan menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan darah.

“Terima kasih kerana dengan sukarela tampil untuk menderma darah anda. Darah yang anda dermakan dapat membantu menyelamatkan nyawa,” katanya.

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos