Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kelab Lions Bintangor, Kelab Leo komited lahirkan pemimpin muda berwibawa
  • WILAYAH

Kelab Lions Bintangor, Kelab Leo komited lahirkan pemimpin muda berwibawa

Utusan Sarawak 5 days ago
UNTUK ALBUM…. Jawatankuasa baharu Kelab Lions Bintangor bergambar bersama ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. 

BINTANGOR: Kerjasama erat Kelab Lions Bintangor dan Kelab Leo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung diyakini akan terus melahirkan generasi pemimpin muda berkualiti untuk Bintangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata penglibatan belia dalam Kelab Leo adalah latihan kepimpinan yang amat berharga untuk membentuk keberanian dan semangat berkhidmat kepada masyarakat.

“Tahniah kerana berani melibatkan diri dalam kepimpinan muda. Penyertaan belia dalam kelab ini membuktikan bahawa generasi muda kita berani mengambil tanggungjawab dan bersedia berkhidmat. 

“Seperti yang selalu kita dengar, ‘pemimpin tidak dilahirkan, mereka dibentuk’,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelantikan jawatankuasa Kelab Lions Bintangor dan Kelab Leo SMK Kai Chung 2025 bertempat di salah satu restoran di sini, malam tadi.

Koung Hiing turut merakamkan ucapan penghargaan kepada penganjur serta tahniah kepada barisan jawatankuasa baharu Kelab Lions Bintangor.

“Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang baru dilantik. Semoga pelantikan ini menjadi titik permulaan kepada semangat baharu dalam memimpin dan berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, Kelab Lions Bintangor telah lama menjadi organisasi aktif yang konsisten menyumbang kepada kebajikan, pendidikan dan pembangunan sosial di kawasan tersebut. 

“Saya berharap agar semua ahli terus mengamalkan nilai keprihatinan, sukarela dan perpaduan dalam setiap aktiviti. 

“Ingatlah, walaupun usaha kecil jika dilakukan dengan ikhlas ia akan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Terus berpegang kepada motto Lions – We Serve,” katanya.

Koung Hiing turut mengumumkan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 untuk Kelab Lions Bintangor dan Kelab Leo SMK Kai Chung untuk menjalankan aktiviti tahunan mereka.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Prihatin nasib rakyat, warga emas Sungai Mador terima katil pesakit
Next: MPS teruskan inisiatif kebersihan, gotong-royong libatkan komuniti Permai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.