Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kekurangan tenaga kerja, AI ambil alih peranan khidmat pelanggan di Jepun
  • GLOBAL

Kekurangan tenaga kerja, AI ambil alih peranan khidmat pelanggan di Jepun

Utusan Sarawak 7 months ago

TOKYO: Beberapa syarikat Jepun kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengisi kekosongan peranan khidmat pelanggan, mempamerkan keupayaan menangani situasi lebih kompleks di tengah-tengah masalah kekurangan tenaga kerja di negara itu.

Ridgelinez Ltd., anak syarikat Fujitsu Ltd., dan anak syarikat peruncit alat ganti kereta Autobacs Seven Co. memulakan ujian bersama pada Ogos menggunakan pembantu AI yang dikenali sebagai “Rachel”.

Rachel boleh mencadangkan produk berdasarkan jenis perkhidmatan yang diperlukan pelanggan, model kereta dan stok yang ada, lapor Agensi Berita Kyodo.

AI yang disediakan oleh syarikat yang berpangkalan di Tokyo, Couger Inc., membantu meringankan beban kerja jurujual yang perlu mempunyai pengetahuan luas kerana kereta berbeza sering memerlukan alat ganti khusus.

“Manusia masih diperlukan untuk menggantikan alat ganti, tetapi AI membantu dengan mencadangkan produk,” kata pegawai Ridgelinez.

Oki Electric Industry Co. dan Kyushu Railway Co. juga memulakan percubaan pembantu AI yang boleh memberi maklumbalas dalam bahasa Jepun, Inggeris, dan Cina, membantu penumpang dengan panduan peta stesen dan pertukaran kereta api.

Sapeet Co., sebuah syarikat pemula di Tokyo, mencipta AI yang boleh digunakan untuk melatih kakitangan dalam khidmat pelanggan. Ia mula dilaksanakan di sebuah kedai barang kemas pada Julai.

AI itu menunjukkan kemahiran jurujuak yang berprestasi tinggi dalam interaksi dengan pelanggan dan meniru perbualan untuk latihan kakitangan.

— BERNAMA-KYODO

Continue Reading

Previous: Tak sampai 24 jam, 40 tan durian Malaysia habis dijual di China
Next: Alat getaran kasut oleh syarikat Jepun bantu navigasi golongan cacat penglihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.