Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kekurangan bekalan bahan api jejas satu daripada stesen minyak di Perancis
  • GLOBAL

Kekurangan bekalan bahan api jejas satu daripada stesen minyak di Perancis

Utusan Sarawak 10 hours ago
KEKURANGAN bekalan bahan api semakin meruncing di Perancis, hampir 1 daripada 5 stesen minyak terjejas.

MOSCOW: Hampir satu daripada lima stesen minyak di Perancis kini mengalami kekurangan sekurang-kurangnya satu jenis bahan api susulan konflik berterusan di Asia Barat, menurut BFMTV pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Kerajaan pada Jumaat menganggarkan bahawa 12 peratus stesen minyak di seluruh Perancis kini mengalami kekurangan satu atau lebih jenis bahan api.

Setakat pagi Isnin, jumlah itu meningkat kepada 18 peratus. 

Radio RMC melaporkan bahawa lebih 1,000 stesen minyak di Perancis berdepan kekurangan petrol 95-okthana atau diesel.

Pada 12 Mac, BFMTV melaporkan bahawa Kementerian Ekonomi Perancis memutuskan untuk tidak mengenakan kawalan harga bahan api di tengah-tengah konflik Asia Barat yang semakin meningkat.

Selepas mesyuarat peringkat menteri, ia mengumumkan bahawa beberapa syarikat bahan api akan mengehadkan harga jualan di stesen minyak.

Pada 30 Mac, akhbar Le Figaro melaporkan bahawa harga diesel di Perancis mencapai paras tertinggi sejak 1985, menghampiri 2.2 euro (AS$2.5) seliter. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Kru Artemis 2 catat rekod, 700 kilometer dari bumi, atasi Apollo 13 – NASA
Next: Amaran taufan tropika di PNG, Kepulauan Solomon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.