Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kekerapan penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitri
  • NASIONAL

Kekerapan penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 years ago

Banyak penerbangan tambahan telah diluluskan termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan menggunakan pesawat lebih besar atau wide body bagi menampung permintaan.

SEPANG: Kekerapan penerbangan domestik sempena perayaan Aidilfitri ditambah termasuk laluan ke Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata banyak penerbangan tambahan telah diluluskan termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan menggunakan pesawat lebih besar atau wide body bagi menampung permintaan.

Menurutnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah memaklumkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam mengenai kelulusan pertambahan penerbangan itu.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan program tenaga diperbaharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi di sini hari ini, Loke berkata pelaksanaan harga tetap untuk penerbangan akan turut dilakukan.

“Dengan itu, kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk sudah tentu bertambah dan harga purata juga dijangka menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai,” katanya yang akan mengumumkan kapasiti tambahan itu dalam masa terdekat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Doktor Malaysia rangkul anugerah global berprestij untuk penyelidikan kanser
Next: Gempa bumi sederhana landa Selatan Bali, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.