Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kekayaan taikun Hong Kong melonjak ke paras tertinggi dalam Senarai Forbes 2026
  • BISNES

Kekayaan taikun Hong Kong melonjak ke paras tertinggi dalam Senarai Forbes 2026

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Nilai kekayaan bersih kolektif  50 Orang Terkaya di Hong Kong dalam Senarai Forbes bagi tahun 2026 melonjak 22 peratus ke paras tertinggi kepada  AS$366 bilion daripada AS$301 bilion tahun lepas, menurut Forbes Asia.

Syarikat media itu berkata seramai 36 ahli dalam senarai itu mencatatkan peningkatan kekayaan, termasuk tokoh perniagaan ternama Li Ka-shing, yang mengekalkan gelaran sebagai orang terkaya di Hong Kong, selepas pertambahan AS$7.8 bilion kepada nilai hartanya,  menjadikan jumlah kekayaannya mencecah AS$45.1 billion.

“Saham syarikat miliknya, CK Hutchison Holdings, meningkat lebih 60 peratus berbanding setahun yang lepas,” kata Forbes Asia dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, gandingan adik-beradik Peter dan Martin Lee, pengerusi bersama gergasi hartanah Henderson Land Development, membuat penampilan sulung di kedudukan kedua.

Nilai kekayaan gabungan mereka sebanyak AS$34.9 bilion, yang dikongsi bersama keluarga, diwarisi daripada bapa mereka Lee Shau Kee, yang meninggal dunia Mac lepas pada usia 97 tahun.

Jutawan hartanah dan barang kemas Henry Cheng kekal di kedudukan ketiga. Kekayaannya, yang dikongsi bersama keluarga, berkembang sebanyak AS$6.6 bilion kepada AS$26.1 bilion berikutan saham Kumpulan Chow Tai Fook Jewellery yang meningkat hampir dua kali ganda susulan lonjakan harga emas.

Menurut Forbes Asia, senarai itu disusun menggunakan maklumat daripada individu, penganalisis, agensi kerajaan, bursa saham, pangkalan data dan sumber-sumber lain.

Nilai kekayaan bersih adalah berdasarkan harga saham dan kadar pertukaran mata wang setakat penutupan pasaran pada 23 Januari 2026, manakala nilai kekayaan bersih masa nyata di Forbes.com mungkin mencerminkan penilaian yang berbeza.

Kedudukan berkenaan menyenaraikan kekayaan individu dan keluarga, termasuk yang dikongsi bersama saudara-mara. Syarikat swasta dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat awam yang serupa.

Senarai itu juga merangkumi warga asing yang mempunyai hubungan perniagaan, kediaman atau kaitan lain dengan bandar raya itu, atau warganegara yang tidak menetap di sana tetapi mempunyai kepentingan perniagaan yang signifikan, katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Keuntungan bersih Maxis meningkat, cecah RM1.56 bilion bagi TK2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.