Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kekalkan tradisi Gawai Sandau Hari
  • TEMPATAN

Kekalkan tradisi Gawai Sandau Hari

Utusan Sarawak 5 years ago
UPACARA MIRING… Datuk Ding (tiga, kiri) menyaksikan upacara miring oleh pemimpin dan penduduk rumah panjang.

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hing menyarankan masyarakat Iban disini supaya mengekalkan tradisi sambutan Gawai Sandau Ari.

Katanya, ia perlu dipertahankan untuk generasi masyarakat Iban akan datang.

“Saya dimaklumkan bahawa adat seperti ini sudah jarang diadakan dan kebanyakan anak muda di rumah panjang juga tidak mengetahui adat resam seperti ini.

“Ini merupakan kali pertama saya menghadiri Gawai Sandau Ari dan saya amat teruja menyambutnya bersama masyarakat Iban disini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sambutan Gawai Sandau Ari di Rumah Ingol Badi, Batu Tujuh, Jalan KJD Bintangor, kelmarin.

Justeru itu, ujarnya, perayaan adat resam ini harus dikekalkan supaya tidak putus ditelan zaman.

“Sambutan Gawai Sandau Ari ini bukan sahaja unik tetapi juga mengetengahkan kerjasama komuniti di rumah panjang tanpa mengira lapisan umur.

“Dalam upacara miring Gawai Sandau Ari, penduduk rumah panjang berharap kawasan DUN Meradong pada pilihanraya negeri (PRN) kali ini akan terus dimenangi oleh parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan membawa banyak lagi infrastruktur pembangunan di kawasan rumah panjang.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri, Teng Ung Woo dan Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi dan Tuai Rumah Ingol Badi.

Continue Reading

Previous: Penumpang kapal tunda terperangkap
Next: Petronas iktiraf hak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.