Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kekalkan perpaduan masyarakat, imarah masjid di Sarawak
  • TEMPATAN

Kekalkan perpaduan masyarakat, imarah masjid di Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri menghadiri Majlis Penangguhan Kembara Hijrah Majlis Islam Sarawak di Masjid Al Muhtadin Saratok yang disempurnakan oleh Datuk Misnu Taha. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri serta isteri Norlida Sharkawi telah menghadiri jemputan Majlis Penangguhan Kembara Hijrah Majlis Islam Sarawak bertempat di Masjid Al Muhtadin Saratok, dekat sini kelmarin.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha.

Misnu turut berkongsi beberapa perkara menarik semasa ucapan perasmiannya iaitu sebagai ahli ‘Sunnah Waljamaah’, kita sesama Islam harus sentiasa bersatu padu, kekalkan perpaduan dalam masyarakat dan sentiasa mengimarahkan Masjid.

Beliau turut berpesan agar anak-anak Sarawak merebut peluang pendidikan masa kini yang telah di sediakan oleh pihak kerajaan Sarawak.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri menghadiri Majlis Penangguhan Kembara Hijrah Majlis Islam Sarawak di Masjid Al Muhtadin Saratok yang disempurnakan oleh Datuk Misnu Taha. Foto ADUN Kalaka

Sementara itu, Mohamad Duri mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur program tersebut iaitu MIS kerana memilih Daerah Saratok sebagai lokasi pertama Kembara Hijrah Majlis Islam Sarawak 2025.

Pada majlis tersebut, turut diadakan ialah majlis penyampaian sumbangan MIS kepada beberapa penerima termasuk sumbangan kepada Masjid Al Muhtadin Saratok.

Program yang telah berlangsung itu telah diisi dengan beberapa pengisian yang menarik dengan sesi ceramah oleh penceramah-penceramah jemputan. 

Semasa Kembara Hijrah Majlis Islam Sarawak di Masjid Al Muhtadin Saratok juga diadakan pameran oleh beberapa agensi seperti Baitulmal Sarikei, Politeknik Betong dan Kolej Komuniti Betong.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Awangku Jinal Abedin dilantik Penasihat Persatuan Tarik Tali Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.