Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kekalkan keharmonian, gerakkan negeri ini ke arah kemajuan
  • WILAYAH

Kekalkan keharmonian, gerakkan negeri ini ke arah kemajuan

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Krian Friday Belik merasmikan Program UKAS Bersama Komuniti@Roban dan Majlis ‘Ngiling Tikai’ di Dewan SJK Chung Hua Roban, malam tadi. Foto Friday Belik Official

ROBAN: Dalam konteks hubungan etnik di Sarawak, perbezaan budaya dan kepercayaan sama sekali tidak mengasingkan satu kaum dengan kaum yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata konteks tersebut mengekalkan keharmonian dan menggerakkan negeri ini ke arah kemajuan rakyat sebagaimana negeri-negeri lain di Malaysia.

Oleh itu, beliau percaya bahawa semua rakyat Sarawak telah menjadi satu keluarga yang sentiasa menjaga kepentingan, kebajikan serta keperluan antara satu sama lain.

“Sepanjang tahun kita mempunyai banyak perayaan yang diraikan seperti perayaan Hari Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baharu Cina dan lain-lain lagi sebab kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa.

“Hal baiknya, sambutan perayaan ini turut diraikan bersama oleh kaum-kaum lain melalui konsep rumah terbuka,” katanya semasa berucap merasmikan Program Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bersama Komuniti@Roban dan Majlis ‘Ngiling Tikai’ di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Roban, malam tadi.

Friday memaklumkan Majlis ‘Ngiling Tikai’ yang diadakan adalah menandakan berakhirnya sambutan Gawai Dayak bagi tahun tersebut. 

“Sambutan Gawai Dayak cukup bermakna bagi semua kerana ia bukan sahaja perayaan tetapi boleh menjadi satu platform untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dikalangan masyarakat di Negeri Sarawak,” ujarnya.

ADUN Krian Friday Belik merasmikan Program UKAS Bersama Komuniti@Roban dan Majlis ‘Ngiling Tikai’ di Dewan SJK Chung Hua Roban, malam tadi. Foto Friday Belik Official

Sementara itu, ADUN Kalaka, Mohamad Duri berkata masyarakat di Bahagian Betong amat bertuah kerana menerima peruntukan besar berjumlah RM1.5 bilion di bawah inisiatif Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan daripada jumlah itu sebanyak RM200 juta untuk kawasan DUN Kalaka.

“Sebanyak RM91 juta turut diperuntukkan untuk pembangunan Tebingan Saratok, antara projek utama yang dirancang demi manfaat dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Turut hadir ialah Pengarah UKAS Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller Nuas dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul Roban, Tawan Embuyan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kemas kini: Gangguan bekalan air berjadual di Sebuyau ditunda 3 Julai
Next: Pengurusan Tokong Tian Yun Gong Roban ucap terima kasih UNIFOR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.