SEMATAN: Lagu ‘Kamek Mileh Nancy’ yang berkumandang di sekitar Medan Selera dan Pasar Townsquare di Sematan di sini berjaya menarik perhatian penduduk setempat di situ.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berkata, lagu yang digubah itu adalah sebagai kejutan hadiah kepada pengundi di kawasan Santubong.
Menurutnya, lirik lagu itu adalah hasil penulisan bekas Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Prof Madya Dr Sahar Sa’di Hashim yang berkonsepkan kegembiraan dan keriangan nyanyian pelajar ASWARA.
“Lagu ini mula dimainkan buat pertama kalinya pada hari ini sebagai kejutan kepada pengundi di kawasan Parlimen Santubong,” katanya ketika ditemui di sini hari ini, seperti dilaporkan UKAS.
Gambar ihsan UKAS