Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Taekwondo 2026 labuhkan tirai di Bintulu
  • SUKAN

Kejohanan Taekwondo 2026 labuhkan tirai di Bintulu

Utusan Sarawak 5 hours ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang bergambar kenangan bersama para atlet pada majlis penutupan Kejohanan Taekwondo Negeri PTNS – SSC – MSNS (WT) Kyorugi dan Poomsae 2026 di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Majlis penutupan Kejohanan Taekwondo Negeri PTNS – SSC – MSNS (WT) Kyorugi dan Poomsae 2026 berlangsung meriah di Stadium Muhibah (Tertutup) Bintulu hari ini, sekali gus menandakan berakhirnya kejohanan yang menghimpunkan atlet-atlet terbaik dari seluruh Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming meluahkan rasa bangga terhadap semangat, disiplin dan keberanian yang dipamerkan para atlet sepanjang kejohanan berlangsung.

“Menang atau kalah bukan penamat, sebaliknya proses pembelajaran untuk terus maju dan memperbaiki diri,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang bersama Persatuan Taekwondo Sarawak (WTF) menyampaikan penghargaan kepada pihak penganjur pada majlis penutupan Kejohanan Taekwondo Negeri PTNS – SSC – MSNS (WT) Kyorugi dan Poomsae 2026 di Bintulu, hari ini.

Menurut beliau, taekwondo bukan sekadar sukan malah berperanan penting dalam membentuk jati diri, ketahanan mental serta sahsiah dalam kalangan belia. Katanya, nilai-nilai seperti disiplin dan ketabahan yang diterapkan melalui sukan ini mampu melahirkan generasi muda yang lebih berdaya saing.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan padu kepada para atlet sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berharap agar para peserta terus berusaha serta tidak mudah berputus asa dalam mengharungi cabaran pada masa hadapan.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, berjaya menjadi platform mencungkil bakat baharu selain mengukuhkan pembangunan sukan taekwondo di peringkat negeri.

 Oleh Faizah Muzidi

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kem latihan luar negara bantu persiapan skuad Piala Thomas, Piala Uber negara – Aaron
Next: Piala Malaysia: Kuching City FC lakar sejarah ke final buat kali pertama  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.