Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Skuasy Piala Lau Swee Nguong 2025 raih sambutan pemain muda
  • SUKAN

Kejohanan Skuasy Piala Lau Swee Nguong 2025 raih sambutan pemain muda

Utusan Sarawak 1 hour ago
UNTUK ALBUM…Robert Lau (empat kanan) serta yang lain merakamkan kenangan bersama pemain yang terlibat kejohanan Piala Lau Swee Nguong 2025 di Sibu, hari ini.

SIBU: Pemain Persatuan Skuasy Sibu, Kashif Khan muncul juara kategori perseorangan lelaki terbuka Kejohanan Piala Lau Swee Nguong 2025 yang berlangsung di Pusat Skuasy Lau Swee Nguong, SMK Sacred Heart di sini, hari ini.

Rakan sepasukannya, Aqeel Arsian meraih naib johan manakala tempat ketiga menjadi milik Yung Shi Yuan.

Kategori perseorangan wanita terbuka pula dikuasai sepenuhnya pemain Akademi Skuasy Jewan apabila Lee Xin Yii menjuarai acara tersebut diikuti Phoebe Liu di tempat kedua dan Lee Xin Yao di tempat ketiga.

Dalam acara beregu lelaki, gandingan Chris Lau dan Yung Shi Yuan dari Persatuan Skuasy Sibu mengungguli saingan selepas menewaskan pasangan sepasukan Kashif Khan dan Aqeel Arsian, manakala pasangan Joseph Tai dan Nevelton Jinggan Mawan dari Akademi Skuasy Jewan meraih tempat ketiga.

Kategori beregu campuran turut menyaksikan dominasi Akademi Skuasy Jewan dengan pasangan Joseph Tang dan Lee Xin Yii muncul juara.

Tempat kedua dimenangi pasangan Nevelton Jinggan Mawan dan Lee Xin Yao, manakala pasangan Kaelan Wong dan Phoebe Liu meraih tempat ketiga.

Bagi acara bawah 13 tahun (BU13), gelaran juara disandang Adryel Levi Limus dari Persatuan Skuasy Kota Kinabalu, diikuti Herman Phan dari Persatuan Skuasy Sibu di tempat kedua dan Rafael Micah Limus, juga dari Kota Kinabalu di tempat ketiga.

Kategori perempuan bawah 13 tahun (GU13) pula menyaksikan Chermaine Chia dari Akademi Skuasy Jewan muncul juara, sementara Queenelle Zoey dan Nur Adelia Ezzara, kedua-duanya dari Persatuan Skuasy Kota Kinabalu, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Dalam kategori BU15, pemain Akademi Skuasy Jewan, Jensen Kong menjuarai acara tersebut, diikuti Brendan Lim dari Persatuan Skuasy Sibu di tempat kedua dan Gabriel Chia dari Akademi Skuasy Prestige di tempat ketiga.

Kategori BU11 pula dimenangi Jazzel Heraclius dari Persatuan Skuasy Kota Kinabalu, mengatasi Matteo Ong dari Akademi Skuasy Prestige yang meraih tempat kedua, manakala tempat ketiga menjadi milik Aden Tumunda dari Kota Kinabalu.

TERBAIK…Robert Lau (tiga kiri) serta yang lain merakamkan kenangan bersama para pemenang dalam salah satu kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan Piala Lau Swee Nguong 2025 di Sibu, hari ini.

Bagi kategori GU11, Kristen Pang dari Persatuan Skuasy Kota Kinabalu muncul juara selepas menewaskan rakan sepasukannya, Samantha Jean, sementara Bernadette Therese Donny dari Persatuan Skuasy Sibu menduduki tempat ketiga.

Wakil Akademi Skuasy Pei Min Miri, Javier Caylen Wong, menjuarai kategori BU9, manakala Bazil Naveed dari Akademi Skuasy Jewan meraih tempat kedua dan Sion Chiong Wei dari Pei Min Miri di tempat ketiga.

Kategori GU9 pula dimenangi Grace Florence Liew dari Akademi Skuasy Jewan, sementara dua pemain Persatuan Skuasy Sibu, Anya Tai Jing dan Ting Meng Huan, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Kejohanan selama tiga hari itu, yang bermula 21 November lalu, menarik penyertaan 96 pemain dari tiga wilayah utama iaitu Sibu, Miri dan Sabah. Daripada jumlah itu, 44 peserta mewakili Sibu, 25 dari Miri dan 27 dari Sabah.

Kini memasuki edisi kedua, kejohanan tersebut dianjurkan sebagai menghargai jasa mendiang Lau Swee Nguong terhadap pembangunan sukan dan komuniti di Sarawak.

Hadiah disampaikan oleh Senator Robert Lau, anak kepada mendiang, dan turut hadir Presiden Persatuan Skuasy Sibu, Kan Wen Chess.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Tang Jie- Ee Wei rangkul kejuaraan Terbuka Australia, gelaran kedua musim ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.