Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Silat Piala Datuk Rosey jadi platform cungkil bakat pesilat muda Sarawak
  • SUKAN

Kejohanan Silat Piala Datuk Rosey jadi platform cungkil bakat pesilat muda Sarawak

Utusan Sarawak 21 hours ago
SEDIA… Datuk Rosey Yunus mengangkat keris sebagai tanda akan bermulanya Kejohanan Silat Piala Datuk Rosey di Dewan Masyarakat Sepupok hari ini.

NIAH: Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri tetapi wadah penting dalam membina jati diri, sahsiah serta semangat juang generasi muda.

Silat melambangkan kekuatan fizikal dan mental selain mengangkat nilai disiplin, kesopanan, keberanian dan rasa hormat dalam diri setiap pesilat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, kejohanan silat kali ini telah berjaya menghimpunkan ratusan pesilat muda dari seluruh Sarawak.

“Saya amat berbangga melihat minat yang semakin meningkat dalam kalangan anak muda terhadap seni silat. Ini membuktikan bahawa warisan bangsa kita masih hidup dan terus subur dalam jiwa generasi masa kini,” katanya.

RASMI… Datuk Rosey Yunus memukul gong simbolik perasmian Kejohanan Silat Piala Datuk Rosey yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sepupok hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Majlis Perasmian Kejohanan Silat Piala Datuk Rosey anjuran Rumpun Silat Sarawak Wilayah Miri di Dewan Masyarakat Sepupok di sini hari ini.

Tambahnya, berharap agar kejohanan ini menjadi platform mencungkil bakat-bakat baharu yang mampu diketengahkan ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Antara pesilat yang berjaya mengharumkan nama negeri termasuk Ummi Masitah dari Miri yang cemerlang di pentas Pra Sukan SEA dan Asian Games serta beberapa pemenang di Kejohanan Silat Peringkat Kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan iaitu Abdul Afiq Samil Abdul Juwani yang memenangi emas, Mohammad Hasfizhan Abdullah Hassan meraih perak, Mohamad Nurazlisham Muhammad Ali, Mohammad Syukri Chua dan Mohammad Adif Najmuddin Ariffin yang meraih gangsa serta Siti Aizzah Zahamary dari Niah.

“Kemenangan bukanlah matlamat utama, sebaliknya nilai perjuangan, disiplin dan semangat juang itulah yang menjadikan anda juara sebenar,” tegasnya.

Kejohanan tahun ini turut menerima kehadiran istimewa Adilan Chaemang yang merupakan bekas Juara dunia dari Thailand yang kini menjadi jurulatih Pasukan Silat Thailand.

Kehadiran beliau bukan sahaja memberi inspirasi kepada para peserta, malah meningkatkan prestij pertandingan dengan kehadiran tokoh antarabangsa dalam arena silat.

Oleh Adum Liu

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Delegasi Sarawak lawat FC Barcelona pelajari integrasi sukan, budaya dan pelancongan
Next: Kuching City ‘cakar’ Sang Saka Biru, pesta gol di Selayang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.