Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Ping Pong Bahagian Sarawak ke-63 himpunkan 333 peserta
  • SUKAN

Kejohanan Ping Pong Bahagian Sarawak ke-63 himpunkan 333 peserta

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Unit Sukan Wajib SSC Mohamad Ikmal Afandi pada Kejohanan Ping Pong Bahagian Sarawak ke-63 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No. 3, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Seramai 333 peserta menyertai Kejohanan Ping Pong Bahagian Sarawak ke-63 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No. 3, hari ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Khairul Nizam Morshidi berkata, peserta terdiri dari sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Menurutnya, sebanyak 25 acara dipertandingkan, termasuk acara khas bagi kaum Bumiputera, sekali gus mencerminkan keterangkuman dan peluang penyertaan yang seimbang.

“Kejohanan ini menjadi platform penting dalam memupuk semangat kesukanan, disiplin dan perpaduan antara warga kerja pelbagai bahagian di Sarawak selaras dengan usaha membudayakan gaya hidup sihat dan aktif,” katanya.

KEJOHANAN Ping Pong Bahagian Sarawak ke-63 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No. 3, hari ini. Foto UKAS

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Unit Sukan Wajib SSC Mohamad Ikmal Afandi dalam ucapan perasmian kejohanan tersebut.

Khairul menambah, kejohanan ini juga merupakan salah satu platform penting bagi atlet-atlet tersenarai awal SUKMA Sarawak sebagai persiapan menghadapi SUKMA 2026.

Justeru, beliau berharap kejohanan ini dapat membakar semangat para peserta untuk terus komited menjalani latihan di pusat latihan masing-masing, seterusnya memantapkan kemahiran dan prestasi diri demi menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan ping pong di peringkat kebangsaan.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Ping Pong Sarawak (TTAS) Alvin Wong dan Pengerusi TTAS Bahagian Samarahan merangkap pengerusi kejohanan Siman Ngu Meng Tong.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Datu Anif-Clarissa raih gelaran berganda di Bangladesh
Next: 1,115 peserta meriahkan Larian Je’ulo 3.0 di Jambatan Muara Lassa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.