
HANGZHOU: Siri kejohanan pertarungan robot anjuran Kumpulan Media China (CMG) mula berlangsung di sini baru-baru ini.
Kejohanan seumpama itu merupakan edisi pertama di dunia, bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu sains dan teknologi berkaitan robot kepada khalayak ramai.
Menurut laporan, robot-robot yang ditampilkan dalam kejohanan kali ini merupakan produk buatan China berdasarkan penerapan teknologi tempatan.
Pertarungan yang sengit di gelanggang turut menguji ketepatan kawalan serta keupayaan robot yang beraksi mengekalkan keseimbangan ketika melakukan pergerakan yang kompleks, sekali gus mencerminkan kemajuan teknologi China dalam bidang robotik.– Bernama-CMG