Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Olahraga MSSB platform asah bakat, sahsiah pelajar
  • SUKAN

Kejohanan Olahraga MSSB platform asah bakat, sahsiah pelajar

Utusan Sarawak 5 hours ago
RALPH bersama Steven merakamkan kenangan bersama para pemenang selepas Majlis Penangguhan Kejohanan Olahraga MSSB Bintulu kali ke-22 di Stadium Bintulu, hari ini. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) merupakan platform penting bukan sahaja untuk mengasah bakat sukan pelajar, tetapi juga membentuk sahsiah, disiplin dan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Tiong King Sing berkata kejohanan seumpama itu selari dengan matlamat pendidikan negara dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Kejohanan seperti ini bukan sahaja medan untuk mengasah bakat dan potensi para pelajar dalam bidang sukan, tetapi juga sebagai platform untuk membentuk sahsiah, disiplin, semangat kesukanan dan perpaduan antara sekolah-sekolah dalam Daerah Bintulu,” katanya.

RALPH menyampaikan cenderamata kepada Steven (kiri) selepas Majlis Penangguhan Kejohanan Olahraga MSSB Bintulu kali ke-22 di Stadium Bintulu. Foto: Carolyne Utih

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng sempena Majlis Penangguhan Kejohanan Olahraga MSSB Bintulu kali ke-22 tahun 2025 di Stadium Bintulu, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihati pelajar agar tidak leka dengan dunia maya sehingga mengabaikan tanggungjawab dan pelajaran.

“Dalam era digital yang serba moden ini, media sosial boleh menjadi alat yang bermanfaat sekiranya digunakan secara berhemah tetapi ia juga boleh melalaikan jika disalah guna.

“Gunakan masa anda sebaiknya untuk belajar, bersukan dan membina masa depan. 

“Jangan leka dengan dunia maya sehingga mengabaikan tanggungjawab dan pelajaran,” katanya.

Ahli Parlimen Bintulu itu turut mengingatkan agar para pelajar menjauhi gejala sosial yang boleh merosakkan masa depan.

“Jauhilah segala bentuk kegiatan yang tidak sihat seperti buli, penyalahgunaan dadah, dan gejala sosial yang boleh merosakkan masa depan.

“Pilihlah sahabat yang baik, carilah aktiviti yang membina jatidiri dan jadikan guru serta ibu bapa sebagai sumber bimbingan dan inspirasi,” ujarnya.

Turut hadir, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asyakirin, Ralph Rampai Malong dan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Samri Suhaili.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak platform kenal pasti bakat SUKMA
Next: Salah ketuai senarai pendek Anugerah Pemain Lelaki Terbaik PFA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.