Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kejohanan olahraga bina sahsiah dan semangat kesukanan pelajar
  • Utara
  • WILAYAH

Kejohanan olahraga bina sahsiah dan semangat kesukanan pelajar

Utusan Sarawak 3 days ago
TAHNIAH… Datuk Rosey Yunus menyampaikan hadiah kemenangan pembarisan pasukan di Kejohanan Olahraga SMK Suai hari ini.

NIAH: Kejohanan olahraga bukan sekadar pertandingan merebut pingat dan gelaran juara, sebaliknya menjadi platform untuk membina sahsiah, memupuk disiplin, serta menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.

Melalui penglibatan dalam sukan, pelajar dapat melatih diri berfikiran positif, menerima cabaran dengan hati terbuka, serta menghormati rakan sepasukan dan pihak lawan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata seiring dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial; penganjuran kejohanan seperti ini amatlah relevan.

“Sukan mendidik pelajar tentang erti kerjasama, ketekunan, dan keberanian mengambil risiko; yang mana merupakan nilai-nilai yang akan membentuk diri mereka menjadi warganegara yang berdaya saing dan berakhlak mulia.

“Saya ingin menggesa semua pelajar agar menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kesihatan fizikal dan mental penting untuk memastikan kita dapat memberi tumpuan dalam pelajaran dan kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai di sini hari ini.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, dalam kejohanan kemenangan ialah bonus, tetapi yang lebih utama ialah pengalaman, pelajaran tentang kegigihan, dan keberanian menghadapi cabaran.

“Andai terjadi kekalahan, terimalah dengan hati terbuka dan bersedia untuk kembali semula pada kejohanan seterusnya dengan versi diri yang lebih baik.

“Sokongan padu daripada semua pihak amat penting dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga hebat dalam kokurikulum,” tegasnya lagi.

Pada majlis itu, Rosey turut mengumumkan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Suai dan sumbangan hadiah wang tunai kepada pemenang pembarisan pasukan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ops Buaya Sadong dilaksana di Lubok Punggor
Next: Jalan konkrit baharu permudah akses penduduk Rumah Musa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.