Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan olahraga Asia tutup tirai, Malaysia hanya raih satu gangsa
  • SUKAN

Kejohanan olahraga Asia tutup tirai, Malaysia hanya raih satu gangsa

Utusan Sarawak 2 years ago
Irfan Shamsuddin meraih pingat gangsa di Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Stadium Nasional Suphachalasai pada Sabtu lalu. Gambar FailBERNAMA

BANGKOK: Kejohanan Olahraga Asia 2023 melabuhkan tirainya di Stadium Nasional Suphachalasai di sini, hari ini apabila  kontinjen Malaysia pulang dengan pingat sulung dengan jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin menyumbang pingat gangsa, semalam.

Pada aksi final hari ini, kuartet 4×400 meter (m) lelaki kebangsaan yang dibarisi juara 400m Sukan SEA 2023, Umar Osman, Abdul Wafiy Roslan, Muhammad Firdaus Mohamad Zemi dan Ruslem Zikry Putra Roseli meraih tempat ketujuh dengan catatan masa 3 minit 11.63 saat (s).

Semalam, kuartet negara melakarkan masa 3:10.62s.

Pingat emas dimenangi Sri Lanka dengan catatan masa 3:01.56s, pingat perak milik India (3:01.80s) dan gangsa dirangkul Qatar dengan catatan 3:04.26s. 

Abdul Wafiy berkata barisan kuartet yang beraksi pada kejohanan kali ini merupkan gandingan baharu dengan Ruslem Zikry beraksi bersama untuk kali kedua.

Kuartet  itu mencatatkan masa 3:14.46s pada Kejohanan Terbuka Singapura pada April lalu. 

Selain itu, beliau berkata Muhammad Firdaus  juga  kurang sihat berikutan mengalami keracunan makanan. 

“Kami menyasar untuk melakukan catatan masa 3: 09s pada final tetapi gagal. 

“Namun,kami berharap dapat memperbaharui catatan masa pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu di China dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini,”  katanya. 

Sementara itu, pemegang  rekod kebangsaan acara lontar peluru wanita, Nani Sahirah Maryata, yang membuat penampilan sulung di kejohanan ini, membuat lontaran 14.92m untuk menghuni tempat ke-10.

“Saya berasa kecewa kerana gagal memperbaharui rekod 15.22m yang dilakukan Kejohanan Perak All-Comers, April lalu,” katanya.

“Namun begitu, persaingan  pada  kejohanan kali ini telah memberi motivasi dan menyuntilk semangat  berjuang  agar melakukan lontaran yang lebih baik pada masa depan,” katanya. 

Acara itu dimenangi wakil China, Song Jia Yuan dengan lontaran sejauh 18.88m manakala pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik atlet India, Abha Khatua (18.06m) dan Manpreet Kaur (17m).  – Bernama

Continue Reading

Previous: Terbuka AS: Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke separuh akhir
Next: Perak FC menang tipis 2-1 ke atas Kuching City

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.