Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan MSSS 15TKB 2025 meriah, Sarikei dinobat juara selepas aksi sengit
  • SUKAN

Kejohanan MSSS 15TKB 2025 meriah, Sarikei dinobat juara selepas aksi sengit

Utusan Sarawak 5 hours ago
FRIDAY Belik merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSS 15TKB bertempat di Kompleks Sukan Betong  semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian.

BETONG: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) Bawah 15 Tahun (15TKB) bukan sekadar pentas mencungkil bakat muda, malah menjadi wahana pendidikan menyeluruh yang membentuk jati diri, semangat kesukanan dan disiplin dalam kalangan pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, walaupun kemenangan merupakan satu pencapaian yang membanggakan, namun nilai pengalaman, kerjasama berpasukan dan semangat juang yang dipelajari oleh pelajar jauh lebih bermakna.

“Kejayaan sebenar bukan hanya pada piala kemenangan, tetapi pada semangat kesukanan dan nilai murni yang terbina sepanjang kejohanan ini berlangsung,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSS 15TKB di Kompleks Sukan Betong, semalam.

Friday turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak kerana memberi kepercayaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Saratok untuk menganjurkan kejohanan, dengan kerjasama rapat daripada PPD Betong.

“Tahniah dan syabas kepada PPD Saratok serta pihak MSSS atas penganjuran yang cukup teratur dan berprestij. Ini menunjukkan keupayaan kita dalam mengelola acara sukan bertaraf tinggi,” tambahnya.

Kemuncak kejohanan menyaksikan perlawanan akhir yang penuh dramatik antara pasukan Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sarawak dan pasukan MSS Sarikei.

Aksi tanpa jaringan sepanjang perlawanan memaksa penentuan menerusi sepakan penalti, dengan MSS Sarikei muncul juara setelah menang 4-3.

Majlis Penutup turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Saratok Awet Gapor, Pegawai Pendidikan Daerah Betong Mohamad Lela Alamsah, Penolong Pengarah Unit Sukan JPNS Arthur Memojo John Sikos, Pengetua SMK Saratok Beritin Empawi, dan Pengetua SMK Bahasa Malaysia Saratok, Supian Ekram.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: MBKS lancar edisi sulung Kejohanan Pickleball Datuk Bandar
Next: AQIB X Kampung Boy FC sedia hadapi aksi pembuka Liga Sri Aman 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.