Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kejohanan Mini Bad’Media’Ton eratkan silaturahim pengamal media di Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

Kejohanan Mini Bad’Media’Ton eratkan silaturahim pengamal media di Kuching

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Abdullah Saidol meyampaikan hadiah kepada juara beregu wanita.

KUCHING: Program Kejohanan Mini Bad’Media’Ton bersempena Tahun Baharu menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pengamal media yang sering berdepan jadual tugas tidak menentu.

Pertandingan sukan santai bersempena awal tahun baharu itu menghimpunkan wartawan dan warga media daripada pelbagai organisasi dalam suasana santai namun kompetitif, sekali gus memberi ruang mereka beriadah dan melepaskan tekanan kerja.

Mengulas penganjuran program berkenaan, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Ukas), Datuk Abdullah Saidol, berkata rutin kerja wartawan yang menuntut komitmen tinggi serta masa yang panjang sering mengehadkan peluang untuk berehat dan bersosial.

DATUK Abdullah Saidol ketika meyampaikan ucapan merasmikan  Program Kejohanan Mini Bad’Media’Ton bersempena Tahun Baharu, di Dewan Badminton Taman Palmas, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan penganjuran aktiviti sukan santai seperti ini sebagai satu inisiatif positif yang wajar diteruskan bagi menjaga kesejahteraan fizikal dan mental warga media.

“Kesibukan tugas menyebabkan masa untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan agak terhad. Program seperti ini bukan sahaja menyihatkan, malah mengeratkan hubungan sesama pengamal media,” katanya ketika berucap bagi menyempurnakan program tersebut semalam.

Menurut beliau, penganjuran aktiviti sukan lain turut akan dipertimbangkan pada masa akan datang, bergantung kepada kesesuaian masa dan komitmen peserta.

Program tersebut melibatkan penyertaan seramai 20 pemain lelaki membentuk 10 pasangan serta enam pemain wanita dengan tiga pasangan, sekali gus mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap program kebersamaan media sempena permulaan tahun baharu.

KESEMUA pemenang kategori beregu lelaki bergambar bersama.

Beliau turut menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis penutup pertandingan berkenaan.

Juara beregu lelaki kejohanan tersebut menjadi milik Mohd Zahid Ahmad Zaki dan Muhammad Iqbal Dzikri selepas menewaskan Asyraff Abdul Halim dan Naziry Harizan pada aksi final semalam.

Tempat ketiga bersama dirangkul oleh wakil Utusan Sarawak, Mohd Shahrul Qaizat dan Syed Zahirudin Wan Mohamad dan wakil Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Muhammad Yusry Majeni dan Mohammad Naseem Razali.

Dalam saingan beregu wanita, Karen Bong Hai Cinq dan Dayangku Nur Ekamiezza dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Karuna Shohei Pohim dan Jasmine Zahra Abu Hasan Aidil Fitri di perlawanan akhir.

Tempat ketiga pula dimenangi pasangan Nur Ashikin Louis–Masrin Affirah Muhamad Emu.

Penganjuran sulung kejohanan badminton antara pengamal media tersebut adalah anjuran Kelab Badminton Media Kuching (MKBT).

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Lelaki warga emas masih hilang, radius pencarian diperluas ke lima kilometer  
Next: APM pantau kawasan banjir di Sebuyau, laluan tidak dapat dilalui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.