Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Futsal Saberkas 2025 serlah semangat belia dan perpaduan
  • SUKAN

Kejohanan Futsal Saberkas 2025 serlah semangat belia dan perpaduan

Utusan Sarawak 2 days ago
WAKIL pasukan juara BYFC, naib juara ASZNOR G KITCHEN, dan tempat ketiga LION3 FT bergambar bersama Setiausaha Agung Ibu Pejabat SABERKAS, Safiee Ahmad (tengah), dan ahli jawatankuasa penganjur selepas Kejohanan Futsal Karnival Sukan Saberkas 2025.

KUCHING: Kejohanan Futsal Karnival Sukan Saberkas 2025 yang dinanti-nantikan melabuhkan tirainya baru-baru ini dengan kejayaan gemilang, menarik penyertaan hebat daripada pemain futsal sekitar Kuching termasuk pasukan Bola Sepak Swinburne Sarawak (SSFC).

Setiausaha Agung Ibu Pejabat Saberkas, Safiee Ahmad menegaskan bahawa sukan bukan sekadar pertandingan tetapu sukan membentuk sahsiah, memupuk disiplin, dan menyatukan masyarakat. 

“Saya berbangga melihat para pemimpin muda kita mengambil inisiatif mencipta platform yang berimpak besar sebegini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Selesai kejohanan, Presiden Saberkas Swinburne Chapter, penganjur Ngui Yong Jie, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

“Acara ini mencerminkan semangat kerjasama dan kebersamaan. Kami amat berterima kasih kepada pimpinan Saberkas, Swinburne Futsal Club, serta semua sukarelawan yang telah menjadikan kejohanan ini satu kenangan bermakna,” jelasnya.

Selepas saingan sengit, BYFC muncul juara selepas menewaskan ASZNOR G KITCHEN menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir yang berkesudahan seri pada masa penuh. 

ASZNOR G KITCHEN meraih tempat kedua dengan aksi bertenaga, manakala LION3 FT menamatkan saingan di tempat ketiga melengkapkan senarai pemenang podium.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Saberkas Swinburne Chapter yang diketuai Presiden Ngui Yong Jie, dengan Swinburne Futsal Club sebagai penganjur bersama di bawah pimpinan Presiden Syvelster Lim dan Setiausaha Aaron Tiong.

Dianjurkan oleh Saberkas Swinburne Chapter dengan kerjasama Swinburne Futsal Club, kejohanan ini menampilkan semangat belia, kesukanan dan kerjasama berpasukan yang dinamik.

Kejohanan tersebut mendapat sambutan hangat daripada komuniti, sekali gus mengukuhkan komitmen Saberkas dalam melahirkan bakat belia serta mempereratkan perpaduan melalui inisiatif sukan yang bermakna.

Kejohanan Futsal Karnival Sukan Saberkas 2025 bukan sahaja menyediakan ruang persaingan sihat, malah mengangkat nilai kerjasama, ketabahan dan pemerkasaan belia nilai yang menjadi teras misi Saberkas.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan Borneo 2025: Sarawak sapu bersih emas acara memanah
Next: Al Ittihad pecat Laurent Blanc selepas kalah di tangan kelab Ronaldo, Al Nassr

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.