Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Futsal DUN Tamin perkukuh semangat kesukanan belia
  • SUKAN

Kejohanan Futsal DUN Tamin perkukuh semangat kesukanan belia

Utusan Sarawak 15 hours ago
UNTUK ALBUM…Peserta merakam kenangan bersama pada Kejohanan Futsal Piala YB Ir. Christopher Gira Sambang Edisi Ke-3 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Pejabat Daerah Selangau, baru-baru ini. Foto: Facebook DUN Tamin

SELANGAU: Kejohanan Futsal Piala YB Ir. Christopher Gira Sambang Edisi Ketiga yang berlangsung di Gelanggang Futsal Pejabat Daerah Selangau menjadi platform memperkukuh semangat kesukanan dan solidariti dalam kalangan belia di kawasan DUN Tamin.

Program anjuran bersama Kelab Bola Sepak Selangau dan Belia Parti Rakyat Sarawak (PRS) DUN N.59 Tamin ini menghimpunkan 17 pasukan futsal tempatan yang bersaing dalam suasana meriah dan penuh semangat.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Exco Pemuda Pusat PRS, Kaunselor Nyireng Saleh yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang.

Dalam ucapannya, Nyireng berkata kejohanan tersebut bukan sahaja merupakan platform sukan, tetapi juga medium penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri belia luar bandar.

“Kejohanan ini bukan sekadar perlawanan futsal, tetapi wadah penting dalam melahirkan belia yang aktif, berdaya saing dan bersatu padu. Ia membuktikan komitmen berterusan ADUN Tamin terhadap pembangunan belia di kawasan ini,” katanya.

Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Selangau FC, Lucak FT, Belia Dijih, Ulu Sikat, Rimba Selangau, KBPS, Rizqi FT, Ayo Jima, Sesuka FT, Magnus FT, Jeriah FC, Altypo FT, Friday Night, Bomba Selangau, SPN, Pengelaman Besai dan Family FC.

Kehadiran ramai penduduk tempatan sebagai penyokong turut menyerlahkan semangat komuniti, menjadikan kejohanan ini bukan sahaja tumpuan belia tetapi juga seluruh masyarakat setempat.

Penganjur menjangkakan kejohanan ini akan diteruskan sebagai acara tahunan dalam usaha memperkasakan penyertaan belia serta mengukuhkan perpaduan di peringkat akar umbi.

Turut hadir Ketua Penerangan PRS Cawangan Tamin, Peter Augustine Ajat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: TBBC Sri Aman juara keseluruhan kategori junior tinju kebangsaan
Next: 68 murid sertai Pertandingan Badminton Piala Datuk Ding di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.