Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Boling Antarabangsa Sarawak 2025 meriah, pentas bakat berkualiti
  • SUKAN

Kejohanan Boling Antarabangsa Sarawak 2025 meriah, pentas bakat berkualiti

Utusan Sarawak 11 hours ago
SENATOR Dato’ Ahmad Ibrahim (tengah) bersama juara Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabangsa Sarawak 2025 Muhammad Aqil dari Malaysia (empat kiri) dan naib juara, Dominic Barrett dari England (empat kanan) selepas majlis penyampaian hadiah di Megalanes, Kuching hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabangsa Sarawak 2025 melabuhkan tirai hari ini dengan penuh meriah di Megalanes Kuching sekali gus membuktikan kemampuan negeri ini sebagai tuan rumah acara sukan bertaraf dunia.

Senator Dato’ Ahmad Ibrahim yang mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kejohanan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat dan semangat kesukanan para peserta, malah turut menjadikan Sarawak sebagai destinasi sukan, pelancongan dan budaya.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Persatuan Boling Amatur Sarawak (ABAS) bersama semua rakan penganjur yang telah berjaya menjayakan kejohanan berprestij ini. 

“Sepanjang seminggu penganjuran, kita menyaksikan persaingan sengit, kemahiran luar biasa dan semangat kesukanan yang mengagumkan daripada peserta mewakili pelbagai negara dan pasukan,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan kejohanan tersebut. 

Beliau berkata, kejohanan itu mendapat sokongan penuh daripada kementerian, Perbadanan Sukan Sarawak serta Majlis Sukan Sarawak yang bersama-sama memperkukuh reputasi negeri sebagai tuan rumah acara sukan antarabangsa.

 SENATOR Dato’ Ahmad bin Dato’ Sri Ibrahim berucap mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis penutupan Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabangsa Sarawak 2025 di Megalanes, Kuching hari ini. Foto Adele Rissa
 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para atlet, jurulatih dan pegawai yang menunjukkan dedikasi tinggi sepanjang kejohanan.

“Kepada mereka yang membawa pulang pingat, tahniah diucapkan. Bagi yang belum mencapai sasaran, ketahuilah bahawa kehadiran anda menjadikan kejohanan ini lebih bermakna,” katanya.

Mengakhiri ucapannya, beliau berharap semua peserta akan kembali lagi ke Kuching tahun hadapan apabila Sarawak menjadi tuan rumah.

Oleh Adele Rissa

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Gandingan China sekat hajat Pearly-Thinaah pertahan gelaran terbuka Hong Kong
Next: Aqil Faizal ungguli Kejohanan Boling Antarabangsa Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.