Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Badminton Sri Aman-Betong 2025 platform cungkil bakat muda
  • SUKAN

Kejohanan Badminton Sri Aman-Betong 2025 platform cungkil bakat muda

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis merakamkan gambar bersama kesemua pemain yang menyertai Pertandingan Badminton Tertutup Bahagian Sri Aman-Betong 12TKB dan 15TKB 2025, hari ini. -Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Pertandingan Badminton Tertutup Bahagian Sri Aman-Betong Bawah 12 Tahun (12TKB) dan Bawah 15 Tahun (15TKB) 2025 anjuran SABERKAS Cawangan Simanggang dengan kerjasama Kelab Badminton Simanggang (SBC) berpotensi menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain muda dari Bahagian Sri Aman.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja memberi peluang kepada bakat muda untuk menyerlah, malah turut menyokong pembangunan sukan badminton di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata penganjuran pertandingan itu boleh dinaik taraf ke peringkat lebih tinggi dalam usaha melahirkan pemain-pemain dalam daerah ini yang berkualiti.

Katanya, pertandingan itu juga harus diperluaskan ke bahagian-bahagian lain negeri ini dalam usaha mencari pemain-pemain yang berbakat.

Justeru, inisiatif menganjurkan pertandingan ini sangat tepat dan sudah tiba masanya kita mencari pemain-pemain dalam kalangan belia dari kawasan Bahagian Sri Aman berbakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Ini supaya akan ada wakil pemain dari bahagian ini menjadi pemain ke peringkat negeri dan antarabangsa sekali gus mengharumkan nama Bahagian Sri Aman amnya,” katanya semasa merasmikan pertandingan Badminton Tertutup Bahagian Sri Aman-Betong 12TKB dan 15TKB 2025 bertempat di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan juga ibu bapa yang memberi galakan dan sokongan kepada anak-anak untuk menyertai pertandingan kerana usaha mereka menyumbang kepada gaya hidup sihat.

“Saya berpendapat aktiviti sukan seperti badminton sangat berpotensi untuk dibangunkan kerana mengikut sejarah negara dalam sukan badminton, kita telah mencapai beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Selaku wakil rakyat, saya akan sentiasa membantu dan memberi sokongan dalam aspek menyendiakan peruntukkan untuk membiaya kejohanan atau pertandingan dan biaya menghantar pemain mewakili Bahagian Sri Aman ke peringkat lebih tinggi lagi,” katanya.

Program yang dianjurkan SABERKAS Cawangan Simanggang dengan kerjasama SBC ini sebagai kesinambungan dalam usaha melahirkan bakat baru dalam kalangan remaja sebagai pemain pelapis.

Turut hadir Datin Simba Nalang, Setiausaha SABERKAS Cawangan Simanggang, Alfred Kendim, Pengerusi SBC, Kapitan Tay Buan Boon, Pemanca Denneil Saweng, Kaunselor Chin Li Li, Kaunselor Dilang Jungai dan Tay Cho Seng.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SLFC dinobatkan juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Gawai Raya
Next: Pemain Indonesia dapat hadiah jam Rolex

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.