Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejayaan Spurs julang Liga Europa dirai 150,000 peminat
  • SUKAN

Kejayaan Spurs julang Liga Europa dirai 150,000 peminat

Utusan Sarawak 21 hours ago

Pemain Spurs berarak dengan bas dua tingkat selepas menjuarai Liga Europa.

LONDON: Tottenham Hotspur diraikan luar biasa apabila lebih 150,000 penyokong membanjiri jalan-jalan di utara London untuk menyambut kepulangan wira mereka yang menjulang kejuaraan Liga Europa.

Kejayaan itu menamatkan kemarau trofi selama 17 tahun buat Spurs, selepas mereka menewaskan Manchester United 1-0 dalam final yang berlangsung di Bilbao, Sepanyol, Khamis lalu.

Jaringan tunggal Brennan Johnson pada separuh masa pertama cukup untuk menghadiahkan kelab itu trofi Eropah pertama dalam 41 tahun, sekali gus menebus kekecewaan musim suram dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam perarakan penuh emosi yang berlangsung selama 90 minit, pemain-pemain Tottenham menaiki bas dua tingkat berwarna putih bertulis ‘Europa League Winners’ sambil menjulang trofi dan menunjukkan pingat kejuaraan kepada penyokong.

Kapten Korea Selatan, Son Heung Min menjadi tumpuan apabila menjulang trofi di atas bas, manakala pengendali pasukan, Ange Postecoglou, melambai ke arah penyokong yang bersorak sambil menyanyikan lagu “Glory, Glory Tottenham Hotspur.”

Pemain Belanda, Micky van de Ven, yang masih kepenatan mengakui pengalaman itu sungguh luar biasa.

“Susah nak digambarkan. Saya tak tidur sangat sejak balik dari Bilbao. Emosi bercampur-baur. Musim ini sangat sukar, tapi akhirnya kami dapat piala ini. Bangga dengan semua rakan sepasukan,” katanya.

Kejayaan ini menyaksikan Spurs mengadakan perarakan trofi pertama sejak menjulang Piala FA pada 1991, manakala trofi terakhir mereka sebelum ini adalah Piala Liga 2008.

Namun, prestasi domestik musim ini kekal merisaukan apabila mereka berada di tangga ke-17 EPL hanya satu anak tangga di atas zon penyingkiran menjadikannya musim terburuk sejak 1976-77.

Bagaimanapun, bekas bintang Spurs Graham Roberts, yang membantu pasukan itu menjuarai Piala UEFA 1984, yakin kejayaan di Eropah bakal menjadi pemangkin untuk lebih banyak kejuaraan.

“Trofi ini akan beri keyakinan. Tekanan dah hilang. Mereka perlukan penambahan pemain, tapi semangat sepasukan dah ada. Mereka sayang jurulatih, mereka peluk dia, ajak dia bergambar. Ini permulaan,” kata Roberts. – AFP

Continue Reading

Previous: Herry kecewa keputusan kontroversi umpire cemari penyingkiran Khai Xing-Aaron
Next: Ancelotti tak sabar mulakan babak baharu bersama Brazil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.