Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KEJAYAAN DIGITALISASI * Sarawak Pay eWallet boleh diguna di luar negara
  • TEMPATAN

KEJAYAAN DIGITALISASI * Sarawak Pay eWallet boleh diguna di luar negara

Utusan Sarawak 4 years ago
RASMI… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran Kad Virtual UnionPay menerusi Sarawak Pay.

KUCHING: Pelancaran kad virtual UnionPay oleh Sarawak Pay menjadi satu titik kejayaan dalam usaha mendigitalisasikan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak Pay akan melancarkan ciri Kad Virtual UnionPay pada platform eWallet.
“Ini akan membolehkan Sarawak Pay eWallet digunakan untuk melakukan pembayaran di luar negara di mana kod QR UnionPay diterima.

“Kerajaan Negeri telah berkolaborasi dengan UnionPay dan memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani kedua-dua pihak sewaktu saya melakukan lawatan ke China pada bulan April 2019,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyatakan Sarawak Pay kini mempunyai 496,000 pengguna dan mempunyai hampir 70,000 peniaga yang mengambil bahagian di Sarawak.

“Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Bank Negara kerana telah menyetujui integrasi antara UnionPay dan Sarawak Pay di platform antarabangsa yang bersejarah bagi Sarawak dan UnionPay.

“Untuk mengukuhkan penjenamaan dan kehadiran di pentas global, sekarang merupakan masa yang tepat bagi kita untuk menamakan semula eWallet Sarawak Pay kepada ‘SPay Global’ dan yang berkaitan
“Kita juga akan meminta persetujuan Bank Negara untuk ukuran eWallet yang lebih besar, mungkin hingga mencecah maksimum 1,000 Euro,” tambahnya sewaktu Majlis Pelancaran Kad Virtual Unionpay menerusi Sarawak Pay.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Kebajikan, keselamatan pelajar diutamakan
Next: HEP Baleh mula beroperasi 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.