Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kejatuhan harga emas hanya sementara – Analisis
  • BISNES

Kejatuhan harga emas hanya sementara – Analisis

Utusan Sarawak 8 hours ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Harga emas yang sedang ditekan ke bawah selepas pasaran mencair, hasil sebenar meningkat dan permintaan fizikal ditangguhkan buat sementara waktu, bukanlah penyimpangan dalam tinjauan makroekonomi jangka panjang, kata seorang penganalisis.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata emas kini ‘terjerat’ dalam fasa peralihan kerana pelabur silap membaca permainan akhir makroekonomi yang lebih luas atau peralihan ke arah pelonggaran dasar monetari.

“Pasaran masih berpegang kepada idea bahawa bank pusat boleh menaikkan faedah tanpa apa-apa kesan, seolah-olah sistem ini boleh menyerap kadar yang lebih tinggi tanpa akibat,” katanya melalui satu nota, hari ini.

Kadar faedah yang lebih tinggi telah meningkatkan tekanan merentas pasaran kredit, ekuiti dan pertumbuhan ekonomi, terutama dalam sistem kewangan global yang sangat bergantung pada hutang serta leveraj.

“Lebih lama sesuatu kadar dikekalkan terhad, tekanan dalam kredit, ekuiti dan pertumbuhan akan mula memuncak, yang mana keadaan ini seterusnya akan menyebabkan pangsi,” katanya.

Innes berkata, apabila dasar monetari menjadi pangsi dan hasil mula menurun, emas dijangka kembali kukuh apabila pelabur kembali kepada logam berharga itu yang akan bertindak sebagai lindung nilai terhadap ketidaktentuan ekonomi.

“Emas bukan jatuh. Ia sedang terurai dalam pasaran yang salah membaca akhir permainan,” katanya.

Awal hari ini, agensi berita Kerajaan Turkiye, Anadolu Agency, melaporkan harga emas menyaksikan kejatuhan mingguan terbesar sejak 1983, menurun lebih 10 peratus kepada bawah ambang AS$4,500 (AS$1=RM3.933).

“Berlegar antara AS$4,477.5 hingga AS$4,735.81 seauns pada Jumaat, harga emas berada pada AS$4,509.08 setakat 1940GMT, merosot tiga peratus setiap hari,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dagangan di Bursa Malaysia dijangka kekal tidak menentu minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.