Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kejadian tanah susur di Kampung Bara Lubok Antu
  • KEMALANGAN

Kejadian tanah susur di Kampung Bara Lubok Antu

Utusan Sarawak 13 hours ago
KEJADIAN tanah susur yang berlaku di Kampung Bara yang dilaporkan petang tadi. Foto APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu hari ini menerima satu panggilan kecemasan daripada Pegawai Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau berhubung kejadian tanah susur yang berlaku di Kampung Bara sekitar 3.43 petang tadi.

Menurut Pegawai APM Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata sebaik menerima laporan, dua anggota APM segera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemantauan dan penilaian risiko.

“Hasil pemeriksaan mendapati kejadian tanah susur berlaku di bahagian belakang rumah akibat hujan lebat berterusan sejak malam semalam,” katanya.

Kejadian tersebut katanya melibatkan dua penghuni rumah, namun kesemua penghuni dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan. 

KEJADIAN tanah susur yang berlaku di Kampung Bara yang dilaporkan petang tadi. Foto APM Lubok Antu

Bagaimanapun tambahnya, susulan saiz tanah susur yang dianggarkan selebar 30 meter dan sedalam 20 meter, kawasan sekitar dinilai berisiko tinggi terutama jika hujan lebat berterusan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, anggota APM telah memasang pita amaran bagi mengelakkan penduduk menghampiri kawasan berbahaya. Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini memandangkan keadaan masih terkawal.

“Pihak APM akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan menasihati penduduk agar sentiasa berwaspada terutama dalam tempoh cuaca tidak menentu ini,” ujar Desem.

Desem berkata penduduk kampung turut dinasihatkan segera melaporkan sebarang kejadian tanah runtuh atau pergerakan tanah bagi memastikan keselamatan bersama terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tragedi feri Bali, nelayan temukan mayat seorang lagi mangsa hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.