Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kejadian tanah susur berhampiran rumah panjang di Kampung Stuga
  • KEMALANGAN

Kejadian tanah susur berhampiran rumah panjang di Kampung Stuga

Utusan Sarawak 7 hours ago

ENGKILILI: Kejadian tanah susur dilaporkan berlaku di tebingan berhampiran rumah panjang di Kampung Stuga, di sini, petang tadi dipercayai akibat hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan pada 5.10 petang daripada seorang penduduk kampung yang melaporkan kejadian berkenaan.

“Setelah menerima maklumat, seramai tiga anggota APM telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan dan penilaian awal,” katanya.

Desem berkata sebaik tiba di lokasi, pasukan APM mendapati berlakunya tanah susur di tebing berhampiran Sungai Stuga, berhampiran kawasan rumah panjang. 

Kejadian tersebut katanya turut menyebabkan rekahan pada permukaan tanah, yang dipercayai berpunca daripada kelembapan tanah akibat hujan berterusan.

Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, pihak APM telah memasang pita amaran di kawasan berisiko serta menasihatkan penduduk sekitar agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap persekitaran.

“Setakat pemantauan terkini, keadaan masih terkawal dan tiada keperluan untuk pemindahan penduduk buat masa ini,” tambahnya.

Sementara itu, pihaknya akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan bersedia untuk bertindak sekiranya situasi di lokasi kejadian bertambah buruk.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh landa belakang Rumah Panjang Jelukong di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.