Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Keindahan ibadah dalam membentuk akhlak mulia
  • RENCANA

Keindahan ibadah dalam membentuk akhlak mulia

Utusan Sarawak 8 hours ago
KANAK-kanak riang bermandi air pada program Khatan Perdana Masjid Datuk Haji Kamaruddin hari ini. Seramai 28 kanak-kanak menyertai khatan perdana ini yang dijadikan acara tahunan sempena cuti sekolah. Foto BERNAMA

ISLAM merangkumi kesemua perkara bukan sahaja berkisar mengenai ibadah tetapi ianya menyeluruh yakni Islam adalah kehidupan. Justeru itu, kedudukan ibadah amat membantu dalam islam.

Dengannya terserlah keindahan agama ini. Namun demikian, syaitan semakin lama telah berjaya membuatkan umat Islam lupa mengenai hakikat ibadah. 

Lazimnya, kita telah diperlihatkan bahawa ibadah hanya berupa solat, puasa, zakat dan umrah sahaja. Semakin ramai umat Islam yang hanya sekadar bermain-main dalam mengerjakan ibadah.

Telekung solat dan jubah kerap bertukar ganti. Namun tidak juga melakukan sebarang perubahan mahupun peningkatan. Apakah yang sebenarnya kita ingin dapatkan, adakah hanya sekadar kepuasan diri mahupun keredhaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 207 yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah SWT semata-mata dan Allah amat belas kasihan akan hamba-hambanya.”

Lantaran itu, kita harus menghayati hakikat ibadah yang dikehendaki Allah SWT. Berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah az-Zariyaat ayat 56: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada-Ku”.

Ibnu Kathir menjelaskan bahawa ayat ini bertujuan untuk manusia dan jin yang diciptakan untuk mereka beribadah kepada Allah SWT.

Demikian itu, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, bilamana tiba saatnya pasti kita akan dipanggil Allah SWT untuk ke alam yang kekal abadi. 

Kerana itu, Allah SWT telah mengingatkan hamba-hamba Nya melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!

Bertakwalah kepada Allah (dengan mnegerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari kiamat).

Dan (sekali lagi diingatkan) bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan”. (surah a-Hasyr ayat 18)

Daripada Abi Ya’la Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang yang pandai adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas kematian.” 

MEMBUKTIKAN DIRI SEBAGAI HAMBA ALLAH 

Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah SWT kepadanya untuk mentaati-Nya.

Malah, Allah SWT telah memerintahkan hamba-hamba Nya agar melaksanakan segala perintahNya untuk membuktikan kita sebagai salah seorang hambanya yang sentiasa bersyukur.

Antaranya dengan beribadah. Melalui firman-Nya di dalam surah Al-Insan ayat tiga yang bermaksud: “Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah, maka terserahlah kepadanya kepada Nya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)”. 

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa Muhammad bin Ka’ab Al-Qurazhi berkata: “Syukur adalah takwa kepada Allah SWT dan beramal soleh”.

Alangkah beruntungnya kita masih diberi kesedaran oleh Allah SWT untuk menjadikan kita dalam kalangan hamba hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Intihannya, marilah kita sentiasa melazimi dengan berdoa seperti doa Nabi Sulaiman AS: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hamba Mu yang soleh”. (surah Al-Naml)

 

Kewafatan Saad bin Abi Waqqas

DI antara sepuluh sahabat yang dijamin syurga, Saad bin Abi Waqqas merupakan yang terakhir sekali meninggal dunia.

Beliau hidup sehingga zaman pemerintahan kerajaan Umayyah di bawah kepimpinan Muawiyah bin Abu Sufyan.

Selepas kewafatan Saidina Uthman akibat dibunuh oleh pemberontak, dunia Islam menjadi huru-hara sehingga terjadinya perperangan sesama orang-orang Islam.

Sejak itu Saad bin Abi Waqqas telah mengasingkan dirinya jauh dari masyarakat.

Beliau telah berpindah ke lembah Aqiq iaitu satu tempat yang subur yang terletak kira-kira 12 km dari Madinah.

Zubair bin Bakkar telah meriwayatkan bahawa Saad bin Abi Waqqas telah mengasingkan diri dengan membina rumahnya di Hamra’ Al Asad ketika akhir-akhir usianya.

Hamra’ Al Asad adalah sebuah gunung merah yang terletak sekitar 20 km dari bahagian selatan Madinah.

Sebelum beliau wafat, beliau telah berwasiat agar jenazahnya nanti dikafankan dengan baju yang beliau pakai ketika menyertai perang Badar.

Ini kerana peristiwa perang Badar begitu istimewa bagi dirinya. Tambahan pula pejuang-pejuang Badar memiliki kedudukan yang istimewa di sisi Allah, Rasulullah SAW dan para sahabat.

Dari Ibnu Syihab, beliau berkata bahawa ketika menjelang ajal Saad bin Abi Waqqas, beliau telah meminta untuk diambilkan sehelai jubah yang lusuh.

Lalu beliau berkata, “Kafankanlah aku dengannya, sesungguhnya aku telah menghadapi kaum musyrikin dengan memakai jubah itu ketika perang Badar dan aku sengaja menyimpannya untuk hari ini”. (Riwayat At Tabrani) 

Amir bin Saad bin Abi Waqqas, beliau meriwayatkan bahawa Saad bin Abi Waqqas berkata tatkala waktu sakit yang menyebabkan kematiannya, “Buatkan bagiku liang lahad dan susunkan batu-batu di atas kuburku sebagaimana yang dilakukan pada kubur Rasulullah”. (Riwayat Muslim)

Kemudian tidak lama setelah itu, Saad bin Abi Waqqas telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setelah dikafankan, jenazah Saad bin Abi Waqqas telah dibawa ke Madinah untuk disembahyangkan oleh para sahabat dan tabi’in yang berada di Madinah.

Solat jenazah beliau telah diimamkan oleh Marwan bin Al Hakam. Beberapa orang kemudian mengangkat jenazahnya menuju ke Madinah dan disolatkan oleh Marwan bin Al Hakam yang merupakan gabenor Madinah pada ketika itu.

Ketika Saad bin Abi Waqqas wafat, isteri-isteri Rasulullah SWT berpesan agar jenazahnya dibawa melalui Masjid Nabawi agar mereka boleh menyembahyangkan jenazah beliau.

Oleh itu, para sahabat telah menunaikan permintaan isteri-isteri Rasulullah.

Umat Islam pada hari itu bersedih di atas kewafatan Saad bin Abi Waqqas. Jasa-jasa beliau yang amat besar kepada Islam sukar dilupakan.

Oleh Hanzalah Azman

Continue Reading

Previous: Sukarnya hidup tanpa cap jari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.