Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kehilangan warga emas terus jadi misteri selepas operasi SAR hari keenam
  • WILAYAH

Kehilangan warga emas terus jadi misteri selepas operasi SAR hari keenam

Utusan Sarawak 5 days ago
USAHA berterusan bagi mencari warga emas yang hilang sejak 30 September lalu gagal menemui sebarang petunjuk baharu sehingga kini. Foto PGO Bomba Sarawak

SIMANGGANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan warga emas yang dilaporkan hilang sejak hampir seminggu lalu di Rumah Rengkang Lepong Empeliau Ulu, ditangguhkan petang tadi selepas usaha berterusan gagal menemui sebarang petunjuk baharu.

Mangsa, dikenali sebagai Tumbu Landa, 67 tahun, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), dilaporkan hilang pada 30 September lalu selepas kali terakhir dilihat di kawasan kebunnya berhampiran rumah panjang tersebut.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi SAR hari keenam dimulakan seawal 8.00 pagi dengan kekuatan sembilan anggota bomba bersama penglibatan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

USAHA berterusan bagi mencari warga emas yang hilang sejak 30 September lalu gagal menemui sebarang petunjuk baharu sehingga kini. Foto PGO Bomba Sarawak

Turut hadir menyelia operasi ialah Pegawai Operasi Bomba Zon 3, Muhammad Adam Amran. Pasukan SAR telah membahagikan kawasan pencarian kepada dua sektor hulu dan hilir sungai, meliputi jarak lebih tiga kilometer dari rumah panjang.

Bagi memperluaskan kawasan pencarian, Unit Dron PDRM turut dikerah untuk membuat pemantauan udara dengan radius tiga kilometer dari lokasi kehilangan, namun tiada sebarang penemuan dilaporkan sehingga operasi ditangguhkan sekitar 4.30 petang.

“Pasukan SAR telah meneliti kawasan kebun, hutan dan laluan sekitar rumah panjang, namun masih tiada petunjuk baharu ditemui. 

“Operasi ditangguhkan sementara dan dijangka disambung semula pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

USAHA berterusan bagi mencari warga emas yang hilang sejak 30 September lalu gagal menemui sebarang petunjuk baharu sehingga kini. Foto PGO Bomba Sarawak

Setakat ini, misteri kehilangan Tumbu terus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk kampung memandangkan kawasan pencarian telah diperluas dan melibatkan pelbagai pendekatan termasuk bantuan teknologi.

Seramai lebih 50 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan serta 25 penduduk kampung terlibat dalam operasi tersebut yang kini memasuki hari ketujuh menjelang esok.

Pihak berkuasa baru-baru ini turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan ini untuk segera menghubungi Balai Polis berdekatan atau Balai Bomba Sri Aman bagi membantu siasatan dan usaha pencarian.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 10 kumpulan meriahkan Senamrobik Saberkas Cergas 2025 di Marudi
Next: Persatuan lain digesa contohi inisiatif Hopoh Sarawak Cawangan Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.